echa

Monday, September 20, 2010

Radja - Maaf (New Song 2010).avi

luahan hati seorang anak


10hb September 2010- Jumaat
-Duhai bonda duhai ayahanda dengarlah rayuan anakanda yang jauh di mata. Tanpa ku sedari air mata aku mengalir terdengar ayat seruan takbir. Betapa daku gembira jika disamping keluarga di pagi mulia hari raya. Kanku sujud di kakimu bila kita bertemu, kanku cium tanganmu ku pohon restu oh maafkan daku kesalahan diriku. Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa do aku sepanjang masa agar kau bahagia. Ku pohon restu darimu oh ayah dan ibu.
Sayu sahaja bila aku mendengar lagu raya yang di dendangkan oleh mamat. Seolah2 aku merasai lagu yang dimaksudkan olehnya. Walaupun aku tidak berjauhan dari keluarga tetapi di pagi mulia hari raya aku beraya bersama-sama adik ku sahaja. Ibuku terpaksa bertugas di pagi raya. Bapaku pula memang aku tak harapkan apa-apa. Memang aku teramat kecewa dari dulu lagi setelah dia mempunyai isteri dan anak2 yang lain. Aku tak mengungkit tetapi aku kesal dan kecewa dengan nasib aku sekarang.
Pukul 10 baru bapa aku sampai. Tue pun aku tak beraya dengan dia. Datang2 nak makan jer. Lepas tue macam2 di komen olehnya. Aku xsuka bila rezeki yang ada dia mengomen semuanya. Ya allah Ya tuhanku hanya kau sahaja yang tahu perasaan aku pada hari ini. Aku tahu sepatutnya di hari yang mulia ini sepatutnya aku menyambut dengan kemeriahan tapi apakan daya hati aku teramat kecewa,teramat sedih. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbeku di hatiku ini.
Tepat jam 3 petang ibuku pulang dari tempat kerja. Tue pun dah tak ada orang di rumah. Tinggal aku dengan adik aku yang perempuan bongsu. Tue pun aku tidur. Mood aku memang lari dari pagi lagi. Ibuku mengajak aku pulang ke kampungnya di pasir puteh. Dan menyuruh aku menghantar adik aku di rumah datuk aku yang tak pernah aku mengaku datuk. Sebab peristiwa lama. Aku tak akan lupa. Aku hanya buat2 baik sahaja. Dendam di hati aku masih belum terbalas. Tunggu suatu masa nanti aku tahu apa yang akan aku lakukan. Biar mereka rasa apa yang aku rasa dulu, dihina, dicaci, diherdik, ditindas. Memang aku tak akan lupakan.
Aku pulang ke rumah tepat pukul 8 malam. Aku sememangnya penat. Terus mandi dan tidur.

11hb September 2010- Sabtu
-Hari kedua tiada apa yang berubah. Masih lagi terasa kesunyian. Tue pun aku dah bangun lewat. Tiada apa yang aku nak ceritakan.

12hb September 2010- Ahad
-Aku bangun awal. Sebab aku dah berjanji dengan mak cik nak pergi rumah tok aku sebab ada selawat untuk sepupu baru. Nur Hazwina. Tue pun masih terlekat sikit kekecawaan hati ku. Lepas tue masa aku sampai di rumah datuk aku rupa-rupanya bapa aku dah ada di sana. Aku xla kisah sangat tapi baru jer dia datang dari rumah aku langsung x ajak aku pergi sekali. Aku terkilan di situ betapa dia mahu menyorok kan hubungan kekeluargaan adik beradik aku dengan ibu bapanya. Dah la aku tak kisah.

13hb September 2010- Isnin
-Hari ni aku keluar dengan ibuku. Aku rasa bahagia sikit, bila dapat meluangkan masa dengan ibuku. Bila sahaja aku pulang adik aku yang no 2 ada di rumah dan mengajak aku pergi Tumpat. Tapi bila dia mencari kereta untuk disewa tak ada. Dia mencari dan mencari sehinggalah tiba waktu untuk ibuku ke tempat kerja. Aku yang dimarah bila di tak balik-balik. Sehingga ibuku cakap. Kalau ada pap2 yang terjadi padanya jangan panggil dirinya ibu. Aku berasa sedih sangat. Aku tak pernah di marah sebegitu.
Pukul 4 baru dia balik. Bapaku pula col aku dan marah2. Bila dia balik, bapaku menyuruh dia mengambil bapaku. Dekat setengah jam juga dia pergi mengambil bapaku dan meninggal kawannya di rumah. Setibanya dia di rumah bapaku mengajak keluar makan. Aku mengikut dan ketika itu dia memaklumkan ingin mengambil isterinya di perak. Sedikit tersentak di hatiku. Aku sebelum tak pernah dia ambik di perak tue. Kalau dia ke perak sekali pun dia tak pernah nak jenguk aku. Sedih tak terhingga. Lagi aku sedih dia ajak kawan adik aku dan adik aku yang no 2 teman dia. Aku nie siapa? Anak dia ker? Atau kawan adik aku anak dia? Ya allah Ya Tuhanku kau ampunkanlah dosaku. Aku begitu terkilan dengan setiap orang di sekelilingku. Hanya abang aku yang buat aku bahagia hari nie. Selama setahun aku tak jumpa dia, hari nie juga aku leh jumpa dia. Walau hanya untuk seketika. Dapat aku beraya dengan diasekejap. Dia dah aku anggap seperti abang aku sendiri. Menjaga aku seperti adiknya sendiri. Banyak bagi nasihat kat aku. Terima kasih abang.
Ya allah Ya tuhanku. Begitu berat dugaan yang engkau berikan padaku. Mampukah aku mengharungi semua ini. Aku mahu buktikan pada semua orang aku x selemah yang dia orang sangka. Bapaku perlakukan aku seperti anak tiriku. Ya Tuhan salahkah aku. Ya Allah Ya Tuhanku aku xtahu ape pula yang akan berlaku esok. Umi andai umi terbaca coretan along nie, along minta maaf banyak2. Mungkin dah nasib along semua ini terjadi. Dari kecil sehinggalah along dewasa sekarang along tak pernah mengecapi bahagia. Bila along tengok kawan2 along dengan keluarga dia orang along jealous sangat. Mereka boleh bergelak ketawa. Kita ape yang ada umi. Kesedihan telah merenggut semua kebahagiaan yang kita miliki.