echa

Saturday, August 20, 2011

karya aku!!!

          BAB 1
Pening kepala aku masih lagi tak hilang-hilang. Memikirkan masalah di kampung. Kesian umi aku di kampung. Dia yang berhempas pulas mencari rezeki untuk kehidupan aku sekeluarga. Nak harapkan bapak aku. Memang dia masih ada tapi aku langsung tak mengharapkan dia. Pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikan.
“weh cik echa, ya ALLAH hang tak siap lagi. Dah nak pukul 10 ni weh. Hang tak nak p kelaih ker?
“sat jer aku siap,bukan nak mack up macam hang pon”
“awat, hang jelouslah aku cantik…hang tak mack up pun takpae.. dah bersusun tuggu hang kat belakang tu.oii mak cik aku tunggu hang kat luar erk… penat aku duk termenung tunggu hang siap.” Kata lisa
Lisa kawan sebilik aku. Memang dia mulut murai sikit. Sekali dia bercakap memang takkan berhenti.. walau kadangkadang mulut dia terover laser. Tambah lagi kalau si zalia tu ada. Kalau zalia ada lagi kecoh dibuatnya.
“oii mak cik hang taksiap lagi, awat lama sangat hang siap ni.”
“aku dah siap dahlah. Jom”

Dalam kelas masih tak dapat nak tumpukan perhatian pada pengajaran pensyarah aku dihadapan. Sehingga tamat aku masih memikirkan masalah itu. Sampai tak sedar yang kelas telah tamat. Sehinggalah lisa dan zalia menjerit memanggil nama aku.
“cha..oii.. kau ok tak ni?”tanye zalia..
“ahh aku ok.. ehs mana Puan Ann, kenapa kelas kosong??”
“lia aku rasa kawan kita nie dah angau dah nie.. sah dia dah angau kat si zamil pembekal minyak.”
Zalia dan lisa tergelak, sampai terduduk. Aku mencebikkan muka aku. Tetapi senyum kembali teringatkan zamil pembekal minyak. Dia di beri nama pembekal minyak tue sebab, setiap kali dia ke kelas rambutnya pasti berminyak habis. Sampai meleleh minyak tue dipipinya. Akhirnya aku turut tergelak.
“korang ni apalah..”
“cha hang ada masalah ker? Aku tengok dari bilik lagi hang termenung. Kenapa? Umi hang sakit ker? Atau hang ada masalah lain?”tanye lisa dengan muka seriusnya.
“aku ok la. Jom la kita p café.. aku lapar dah neh.. hampa taknak makan ker.?”dengan dialek utara.
Walaupun aku berasal dari pantai timur, aku dah biasa dengan dialek utara kerana lisa tak faham bila aku cakap dialek pantai timur. Termasuklah zalia sekali. Mereka berdua kalau dengar aku bercakap dengan family di kampung pasti ternganga, dan pasti selepas itu mereka akan berebut bertanya apa yang aku cakapkan. Aku tersenyum.
“lia awat aku rasa lain macam je kawan kita sorang ni.. senyum sorang-sorang.. lia aku takut la.”
“oii apa masalah hampa ni?”aku pelik melihat kawan-kawan yang masih tercegat di depan pintu bilik kuliah
“tak aih awat hang senyum sorang-sorang? Hang ok tak. Kami takuit ni” kata zalia dengan mimik muka takutnya.
“aku ok la. Jom la yang duk tercegak kat situ wat apa. Aku dah lapaq dah nie.”
“hang kalau bab makan no 1 cha, tapi badan maintain, solid gitu..jelous aku”. Lisa dengan muka tak puas hatinya bila bercakap pasal badan aku. Aku memang makan banyak tapi badan aku tak gemuk-gemuk.

         BAB 2

“Isy, along tak setuju umi. Biarlah ape yang jadi sekalipun. Kita bahagia tanpa abah mi. along tak setuju umi berbaik semula dengan abah. Umi tahu tu semuakan”. Bentak aku. Walaupun aku membentak tapi masih menjaga tutur kata dengan aku dengan umi. Aku masih menghormati kerana beliaulah yang melahirkan aku.
“Along. Umi memang dah perit dengan abah. Tapi demi anak-anak umi sanggup korbankan perasaan umi”. Umi mengeluh panjang. Aku tahu betapa terlukanya umi bila mengetahui abah telah berkahwin lain. Umi langsung tidak melenting. Dia hanya diam.
Mi, dengar sini along dah bincang dengan adik-adik. Mereka faham. Umi along tak faham kenapa umi sanggup buat keputusan sampai macam ni sekali. Umi tahukan along masih tak dapat terima atas perbuatan abah. Hampir 3 tahun mi dia tinggalkan kita tanpa berita. Alih-alih dia balik dengan perempuan dan anak-anaknya. Along masih tak boleh terima mi. ini keputusan muktamad along mi. along tak setuju, sampai bila-bila”. Aku mengeluh. Aku tak mahu umi hidup dalam penderitaan lagi cukup lah dengan ape yang berlaku selama ini.
Semalaman aku tak dapat tidur memikirkan masalah keluarga aku ni. Aku melihat umi sedang mengemas di dapur.
“along dah bangun yer. Tadi subuh bangun tak?”
“bangun mi. lepas tue along tertidur balik. Sedapnyer bau nasi lemak.. umi masak nasi lemak yer..”
“nak makan ker?”umi tahu. Nasi lemak adalah kegemaran aku.
“urmhh sedapnyer.”
“assalamualaikum.mah…..”
“siapa pula yang datang pagi-pagi ni.” Belum sempat aku bangun umi menahan aku supaya aku meneruskan makan aku.
Selesai sahaja makan aku kedepan melihat siapa yang datang.
“ehs pak ku zin ngan mak ku rupanya. Along ingatkan siapa tadi.abg pon ada..”aku terus bersalam dengan pakku zin dengan mak ku. Mereka ni jiran lama aku. Mereka selalu membantu aku dan keluarga dalam kesusahan.
“ler along ader ker? Kami ingatkan along tak da. Bila along balik? Tak bagitahu pakku pun.”
“ala along balik tak lama pun pakku. Tu yang tak sempat nak pergi rumah pakku.” Dalam masa aku rancak bersembang aku rasakan ada mata yang sedang merenung aku.


            BAB 3

“cha. Sampai bilalah hang nak tunggu buah hati hang yang entah wujud entah tidak tu.”
“awat lisa?” memandang pelik ke arah lisa yang tiba-tiba bertanyakan soalan tu.
“kalau aku habaq hang jangan marah noh.. isyh aku takut hang marah ja.. hang bukan boleh harap sangat.”
Aku meninggalkan seketika laptop kesayangan aku pemberian pakku semasa aku nak sambung belajar dulu.
“nie awat ngan hang nie. Pasai pa? aku dah bagitahu hang kan aku nk tggu dia.. dia cinta pertama aku..” sambil berangan. “hang pasai pa?”
“yerlah sampai bila hang nak tunggu kiss me merah hang tue?”
“red kiss me ler..”
“wat ever laa.. Hang tau dak ada senior duk suka kat hang. Die selalu usha hang. Hari tue dia bagi surat ni kat aku. Dia habaq suh aku bagi kat hang.”
Aku yang tadi dah kembali mengadap laptop aku terus berpusing memandang lisa. “awat hang ambik weh? Tapi laa kan sapa dia? Aku kenai ka?” sambil tergelak melihat lisa yang dah ternganga melihat muka yang di buat-buat gedik. “Hang baca jer la surat tu.”
Hang biaq btoi?
Betoi la. Awat?
Ok aku tolong baca kat hang.
Assalamualaikum Aisa hani.
“Ooii dia tahu nama penuh hang lor cha..”
Tentu u terkejutkan bila I tahu nama u. masa u baca surat ni I dah habis belajar dah. I sebenarnya suka tengok muka u yang cute tue. Tapi I x berani nk tegur u. I takut ade orang lain yang akan marah bila I rapat dengan u. bkn I tak tahu u nie ramai peminat. Sekali u datang café, bru jer masuk semua mata2 insan yg bergelar llki akn mmndang u. serius I jelous bila smua mata menatap insane yang I sayangi. Sorry to say. Aisa I sukakan u. I sayangkan u. kalau u tak keberatan hujung bulan nie sebelum I berangkat ke London I nk jumpa. I harap u sudi. Malam esok I akan col u untuk cnfirmkn dgn u. ok lah sayang.. I have to go.. remember.. I will always miss u when I can’t see u… ur face in my heart..
Ikhlas yang menyayangimu
FAIZAL TENGKU AZMI
Aku masih tergamam dan masih memikir. Dalam surat tu mamat tu cakap dia nak call aku.. tapi tak pernah kenal dia dan tak pernah bagi no fon aku kat dia. Mana dia dapat no fon aku. Nie siap nama penuh aku pon dia tahu. “wait2.. lantak la dia anak dato ker,anak tan sri ker.. mcm mana dia ada no fon aku? Lisa baik hang bagi tau aku.. hang bagi kan”. Lisa dah tersenyum kambing bersiap sedia dengan amukan aisa hani. Dia bukan tak tahu kalau minah pantai timur ni marah..
“cha aku blah dulu.. tadi zalia ajak aku temankan dia p kdai. Sat aja aku p noh..” lisa terus berlari.
Echa tergelak melihat gelagat lisa yang ketakutan. Mesti dia bagi no aku kat mamat yang aku tak kenal tu. Aku ambik surat yang terjatuh di bawah meja sebabkan lisa yang ketakutan tadi, die terus lari dan membaling jer surat tu. Aku hanya memerhatikan sahaja surat tu.

                                                                                                                                                                                                            

           BAB 4

Aku tersedar dari lamunan cerita 2 tahun lalu bila mendengar telefon berbunyi. Hatiku tersenyum melihat nama tertera. Umi call. 
Aku terus bergegas bila umi bagitahu makku sakit tenat. Aku tak tahu yang selama ni makku menderita penyakit barah hati. Aku sampai di rumah sahaja aku tengok abang faizal berlari kearah aku…
“cha makku nak jumpa cha..”
Abg faizal pernah menyatakan hasratnya untuk meminang aku. Tapi aku cakap aku dah berpunya. Aku harap sangat dia boleh terima. Tapi sampai sekarang di tak kahwin-kahwin lagi. aku terus bergegas ker bilik makku. Dalam bilik itu aku ada umi, pakku dan seorang lelaki yang aku tak kenali.
Yah nie along dah ada..
Aku rasa pelik bila semua orang memandang aku.. tetapi disebabkan makku tengah tenat.. aku biarkn sahaja. “makku.. along nie.”
“along.. dah lama ker smpai. Makku tertido tunggu along tadi.”
Along baru jer sampai.. aku sebak pula melihat makku menahan sakit. Aku turut pelik bila lelaki yang didepan aku memandang aku macam tidak puas hati.
Along sebelum makku pejamkn mata makku ada hajat. Makku teringin nak jadikn along sebagai anak menantu makku. Aku terkejut. Takkan abg faizal bagitahu makku yg dia sukakan aku.. tapi aku semakin pelik bila makku menarik tangan aku dan meletakkan tangan aku di tangan lelaki yg didepan aku. Aku memandang umi. Makku semakin tenat.
Along makku harap along terima hajat makku yang terakhir. Makku nak tengok along dan fariz kahwin..
Makku, makku jangan risau ya. Along akan buat apa sahaja untuk makku. Makku rehat laa erk..
Aku tengok abang faizal keluar dari bilik itu. Aku turut keluar diikuti umi. Kepala aku begitu sakit sekali.
Umi dan pakku sedang menunggu aku di ruang tamu selepas aku meminta untuk berehat seketika. Aku duduk disebelah umi. Abg faizal pun turut ada sekali. Umi memandang aku.. semua mata memandang aku menunggu jawapan.
“umi along tak tahu along buat keputusan ni betol ke tidak. tapi demi makku along tak nak makku kecewa. Ini hajat makku.. “ aku lihat abang faizal bangun dan keluar. Umi memeluk aku. Pakku menitiskan air mata dengar keputusan aku.
Semalaman aku xdapat tidur memikirkan apa yang berlaku. Betul kah keputusan yang aku buat. Aku harus melupakan cinta pertama aku. Di manakah dia sekarang. Sedangkan aku xpernah mengenali dia. Aku hanya mengenalinya kerana sebiji gula gula kiss me merah.. aku tak tahu nak buat apa. Pakku nak adakan majlis aku dan anaknya fariz tue secepat mungkin kerana doctor bagitahu masa makku semakin suntuk. Semua persiapan pakku dan keluarganya yang sediakn. Tapi aku xpernah kenal anak pakku yang ni.

Along, nie fariz datang..
Pelik! Kenapa mamat sombong nie datang.
Umi buat apa?
Umi xda buat apa fariz.. fariz dari mana?
Ohh fariz nak ajak cha keluar beli cincin. Papa dah bising. Lagipun fariz bru smpai semalam. Bru bawa blik semua brg2 dri London. Papa dah xbagi fariz handle syarikat dia di London. Abg faizal yg ambil alih syarikat kat sana..
Ehh along kenapa xsiap, fariz nak ajak along kuar nie. Pergi siap cepat..
KELUAR!!! Tergamam aku.. nak p mana? Tapi aku hanya menurut..
Biasalah bila aku bersiap. Mmg lama walaupun pakai biasa jer.. aku keluar dengan muka slumber. Aku tahu mamat sombong tue bengang kat aku.
Umi along p dlu..
Fariz p dlu mi. ala baik la sgt konon.. salam cium tgn bakal mak mertua..

Nak p mana? Aku memulakan bicara..
Beli cincin.. tue. Xkn xleh beli sendri.
Xkn awk nk pkai cincin saiz saya.,
Xkn xleh agakk…
Makin geram mamat tue kat ku. Die brekkn kereta BMW 5 series ditepi jln. Aku trkjut..
Awk giler ker? Nak mati cepat ker..
Apa masalah awk? Sy lyan awk elok. Awk buat bajet bgus. Awk ingt awk tue bgus sgt. Klau xsbb mama sy xingin kawin dgn awk.
Erghh mr.berlagak bagus.. mmg sy bgus.. sy pon xingin kawin dgn awk..
Hbis tue knp awk trima pinangan mama?
Aku terdiam.. fariz meneruskan perjalanan. Kami tidak bercakap sepatah pun. Sehinggalah balik. Semasa berjalan ke parking kereta aku berjalan cepat dan menunggu fariz di parking. Die bagitahu aku dia nk ke toilet.
Lama btol mamat nei… isyhh
Aku Nampak dia berjalan kea rah aku. Tiba2 datang sorang perempuan yg sdg menangis. Aku ingt pmpuan tue hilg ank ker ape..tapi bila aku dgr perckpan dia org..
“u, u xbolh tgglkn I mcm nie.. kita dah jnji nk kwen kn.. I sggup tggu u balik dri London..”teresak2 perempuan tue menangis
“sorry tina. I terpaksa. I pun xnk semua nie berlaku. Tina u lupakan lah I…
No way!!!! Senang u cakap… 5 tahun I tggu u fariz.. u ingt 5 thn tue.. sekejap ker..
Fariz tahu aku dah mendengar semua… tiba2 perempuan itu berpaling kea rah aku.
Riz siapa dia. heY!!! Kau siapa arghh… aku terkejut.. fariz cepat nak menghalang perempuan tue dari menyerang aku.
Tina listen me… she my future wife… tina I hope u understand… please forget me..
nO!!! sekali lagi perempuan macam di serang hysteria.. fariz menyuruh aku masuk ke kereta. Aku hanya menurut…
riz mana u nak pergi riz.. fariz hanya masuk ke kerta meninggalkan perempuan itu.  Aku hanya terdiam seribu bahasa..
awk!! Tiba2 fariz bersuara. I’m sorry!!
For what?? Ooo pasal tadi ker?? Nevermind!!
Sampai sahaja di rumah aku terus masuk tanpa menghiraukan fariz……


Masa yang ditunggu telah tiba. Aku hanya memandang boring nikah itu.. aku membaca isi dlam borang itu.. aku akan dinikahkn dengan TENGKU FARIZ HAKIMI TENGKU AZMI… aku hanya sain.. umi sedia menemani aku…  aku menitiskan air mata apabila fariz melafazkan kalimah AKU TERIMA NIKAHNYA NURAISA HANI BT JAMAL dengan mas kahwin RM80 tunai..
Umi memeluk aku.. turut sma memeluk aku adalah makku. Makku menguatkan semangatnya untuk menghadiri majlis akad nikah ini walaupun dia tidak bermaya. Aku memandang abg faizal. Abg faizal hanya tersnyum pada aku. Aku tahu dia terluka.
Majlis persandingan diadakan sebelah malam. Begitu ramai orang yang datang. Termasuk lisa dan zalia..
“amboi cantiknya hang laki hang pon hensem noh. Mcm mat saleh.”
“hang xpyh duk buat gedik tang ni lisa oi.. owg tue dah ada bini dia xpandang pon hang”
Lisa mencemik.. “aku tau la.. hah cha honeymoon kat mana nie?”
Aku hanya diam. Aku memandang insan yang bergelar suami aku. Tak kekok dia melayan tetamu. Yerlaa semua tu kawan2 dia.
“oii sempat lagi hang nie berangan, hang dengaq x aku ckp apa nie..” lisa bengang bila aku xmenjwb soalnnyer tadi.
“awt? Aku xder p honeymoon mana2.. lusa aku dah strt keje, tue hah laki aku nk kna p outstation dah 2 hari lagi.”
“tue dia hang bru kahwin dah nak p outstation. Hang ikut x?”
Aku hanya mengelengkan kepala aku. Bukan teman2 aku tu xtahu macam mana aku boleh kahwin ngan mamat sengal tue. Isy, mengutuk laki sendiri.. tiba2 aku rasa bahu aku dipegang..
Sayang ikut abang kejap..
Ehh cha, dah lewat nie.. aku balik dulu la yer!! Lagi pun aku xnak ganggu hang lama2.. mlm nie kan mlm pertama kau dengan dia. Huhuhuhu.. fariz thanks ya..
Ala awal lagi nie, aku rasa berat nak lepaskan kawan2 aku tue balik..
Sorry cha.. dah lewat nie. Nanti kita jumpa lagi.
Korang drive elok2. Malam2 nie. Pesan fariz tanda prihatin kepada kawan2 aku.
Jom sayang!!!
Sejak bila berabang sayang.. belum sempat aku melangkah,aku rasa ada tangan yang mengenggam jari jemari aku.. isyh ini dah lebih… knp aku marah? Diakan suami aku. Dia berhak pada aku.
Sayang kenalkan nie kawan2 abang…
Patutla kau nak kahwin cepat riz.. takut bini dikebas orang…
Aku hanya tersenyum malu.. tapi layak ker aku bergelar isteri dia. Tiba2 aku merasa pinggan aku dirangkul…
Mestila aku takut dikebas orang weh, kau tengok bini aku pun tak berkelip. Aku tahu la dia cantik.. satu ciuman hinggap di pipi aku..
Isyh main cium2 depan orang la plak nie… muka aku dah merah..
Sayang kenapa diam jer? Penat ker? Kalau penat pergi la naik rehat dulu..
Aku hanya mengangguk, apa yang akan berlaku malam nie. Dah la aku sebilik dengan dia bukan setakat sebilik satu katil plak tue.. apa aku merepek nie memang la aku kena berkongsi katil dengan laki aku. Diakan suami aku. Belum sempat aku melangkah, tangan aku ditarik lagi..
Sayang tunggu abang yer!!! Satu ciuman hinggap lagi di kedua belah pipi aku
Kawan2 nyer dah tergelak.. makin merah muka aku dibuatnya. Aku tak tahu dia ikhlas atau tak. Lantaklah!!! Yang aku tahu, aku nk mandi nak tidur. Ehs tapi mamat sengal tue suruh aku tunggu dia..

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. aku bangun untuk solat. Laki aku nie tak naik lagi ker? Aku hampir2 melompat melihat ada orang yang sedang tidur di sofa. Patutlah dia tak da sebelah aku, rupanya dia tidur di sofa. Marahkah dia pada aku. Tapi apa salah aku. Atau dia masih tak terima aku sebagai isterinya. Setitik demi setitik air mata aku mengalir di pipi. Aku langsung tak memandangnya. Aku terus ke bilik air.. selesai sahaja mandi aku melihat mamat tue masih tidur lagi tapi dah beralih tempat. Aku berani keluar dengan memakai tuala.
Fariz tahu mesti isterinya ingatkan dia tidur. Fariz baru perasan yang isterinya sememangnya cantik. Begitu seksi isterinya. Rambutnya yang panjang dilepaskan. Jatuh cinta ke fariz. Tapi tak mungkin secepat itu fariz jatuh cinta padanya. Sememangnya aku nie memang la playboy tapi bukan mudah untuk jatuh cinta.
Selesai sahaja echa solat. Dia mengejutkan mamat sengal yang sedang lena tidur tue..
Awak bangun solat subuh.. echa x menyangka yang fariz bertindak merangkul tubuhnya dan menarik tubuhnya baring disebelahnya. Hampir menjerit echa dibuatnya. Echa melepaskan diri tapi semakin erat fariz memeluknya. Fariz mencium pipi echa..
Morning sayang.. kenapa semalam tak tunggu abang. Mandi pun tak tunggu abang. echa tergamam. Mamat nie dah betul-betul sengal. Echa cuba melepaskan diri lagi..
Awak lepaslah. Bangun solat subuh. Dah lewat ni.. nasib echa baik. Fariz melepaskan dia.
Fariz tersenyum. Fariz tahu echa kaget. Tapi kenapa dengan aku. Kenapa tiba2 aku bersikap baik padanya. Sedangkan sebelum ini aku juga cakap. Kalau boleh aku taknak kahwin dengannya. Fariz terkejut bila pintu bilik diketuk bertalu-talu.
Echa membuka pintu bilik. Terkejut abang faizal yang sudah menitiskan air mata.
Riz, cha.. mama dah tak da. Aku terkejut. Hampir terjatuh aku. Tapi sempat dipegang oleh fariz. Fariz memeluk aku. Berubah muka abang faizal melihat aku dipeluk fariz. Akhirnya aku menangis dalam pelukan fariz. Aku tahu fariz tengah bersedih. Aku cuba tidak bersikap ego dengan melepaskan pelukan fariz…
Kami kebilik mama. Papa hanya duduk di tepi jenazah. Fariz menarik aku. Tapi aku tengok fariz sudah tidak kuat. Aku memegang fariz.
Ma! Kenapa mama tinggalkan fariz ma. Kenapa mama tinggal fariz di saat fariz macam ni ma. Aku sebak melihat fariz lenjun. Air mata lelakinya jatuh mudah sekali dengan kepergiaan mamanya untuk kali terakhir. Aku tenangkan fariz dan membawanya keluar dari bilik tue.

Jenazah mama siap dikebumikan selepas asar. Fariz masih berkurung di dalam bilik. Nasib baik umi datang. Sejak aku membawa umi berpindah ke k.L tinggal di rumah aku belikan untuk aku. Tak dalah jauh sangat umi tinggal dengan aku. Setiap hari aku boleh mnjenguk umi.  Aku telah upahkan pak majid untuk menjadi driver umi. Untuk membawa umi ke mana2.
Along, umi nak along tabah. Umi taknak along sedih. Along kena bagi semangat pada keluarga ni. Terutama sekali fariz. Umi tengok dia sedih sangat. Aku hanya diam dan mendengar nasihat umi.
Umi balik setelah kenduri tahlil selesai. Aku sudah merasa penat bila tadi aku dan umi sahaja yang menguruskan kenduri itu. Abang faizal dan papa melayan tetamu di depan. Lagi pun hanya aku seorang menantu perempuan. Memang la ada pembantu rumah. Mak jah. Dia pun kepenatan. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. aku masih lagi mengemas di dapur.
Cha!
Ehs papa.. kenapa papa tak tidur lagi.
Cha kenapa tak tidur lagi. Dah lewat nie. Sambung esok la pula.
Ala sikit jer la lagi pa. papa nak minum? Cha buatkan air erkk..
Takpa cha. Papa terkejut jer tadi bunyi bising. Dah lah tue sambung esok plak. Papa nak naik dulu ni. Sambung esok pula sayang.
Baiklah pa. kejp lagi cha naik.
Selepas papa naik kebiliknya. Aku siapkan mengemas dan naik ke bilik. Aku harus mandi. Selesai sahaja mandi. Aku menunaikan solat hajat. Aku berehat di sofa. Akhirnya aku tertidur di sofa.

      
       BAB 5

Sudah seminggu fariz outstation. Dia langsung tak menghubungi aku. xRindu ke dia pada aku. Adakah aku rindu pada dia. Tetapi aku tak pula menelefon dia. Papa selalu Tanya fariz ada col ke tak. Aku hanya berbohong cakap fariz selalu col. Pagi tu aku rasa xlarat sangat. Migrain aku datang lagi. Aku tak dapat nak membuka mata langsung. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku rasa semunya gelap. Selepas itu aku langsung tak sedar. Sedar- sedar sahaja aku berada di hospital.
Aku tengok umi ada disebelah aku. Kenapa dengan aku?
Ehs along dah sedar? Aku hanya tersenyum..
Kenapa dengan along mi?
Ermh biasa lah degil sangat tak dengar cakap. Migraine datang lagi. Along selalu tidur lewatkan. Pakku ada cakap kat umi along selalu balik lewat dari kerja. Kerja-kerja juga kesihatan kena jaga. Sekarang siapa susah? Umi juga kan. Abang faizal dah bagitahu fariz. Petang nie dia balik.
Risaukah dia pada aku.
Mi along nak rehat. Along penat.
Ya lah tidur lah.. umi nak balik kejap. Nanti umi datang lagi yea. Umi cium dahi aku dan meninggalkan aku. Aku melihat pintu bilik tertutup rapat.
Macam mana along mah? Dia dah sedar?
Dah, bang.. dia penat katanya. Tue dia tidur balik. Abang baru sampai ker?
Yea! Risau juga tinggalkan dia. Mah nak pergi mana?
Mah nak balik kejap. Malam nanti mah datang balik lah. Abang dah makan ke nie?
Belum lagi mah. Tak pa lah kejap lagi abang makan kat kantin tue. Mah balik la biar abang temankan along. Kesian dia sorang-sorang. Flight fariz petang nie. Malam nie baru sampai..
Yealah bang. Mah balik dulu.

3hari aku di hospital. Fariz menjemput aku pulang ke rumah. Dia hanya diam di dalam kereta. Aku tak tahu kenapa. Memang kami dingin sejak 2 menjak nie. Depan umi, abg faizal dan papa kami buat2 baik. Aku terlena sehinggalah sampai di rumah. Fariz mengejutkan aku. Aku tengok papa dan abg faizal sudah menunggu aku. Fariz sekali seperti keberatan memimpin aku masuk ke dalam.
Sayang nak rehat kat atas ke?
Takpalah nak duduk kat bawah jer. Dah penat rehat. Aku tahu fariz hanya berlakon.
Abang ambilkan air yea. Aku hanya mengangguk dan tersenyum
Cha dah sihat? Tanya abg faizal yg tak lekang dengan wajah kerisauan. Setelah dia dapat tahu yang aku dimsukkan ke hospital terus ambil flight blik. Xmacam fariz. Dia lebih mementingkan kerjanya dari isterinya..
Alhamdulillah dah sihat dah. Kenapa abang susah2 balik?
Kebetulan abang ada kerja cha. Sepatutnya minggu depan balik. Bila papa col bagithu cha msuk hospital. Abang balik jer la. Fariz datang dan duduk disebelah aku.
Abang dengan papa dah makan belum nie?
Amboi Tanya abang faizal dengan papa jer? Laki kat sebelah ni tak Tanya ker? Aku geli mendengarnya. Suara fariz yang dibuat mengada-ngada tue.
Abang dah makan ker?
Dahlah sayang.. abang dah makan sekali dengan papa dan abang faizal tadi. Sayang lapar ker?
Tak dalah.. papa kenapa diam jer? Papa ok ker?
Papa ok sayang. Papa bahagia tengok kamu berdua bahagia. Patut la arwah mama sayangkan kamu. Aku merintih dalam hati. Papa cha tak bahagia. Kami berlakon jer. Papa terdiam melihat aku diam. Cha rindukan mama. Aku hanya mengiyakan sahaja.
Papa, abang faizal cha nak naik atas dulu. Dah masuk asar. Cha nak solat, rehat kejap.
Abang hantarkan. Fariz terus bangun dan mencapai tangan aku. Pinggan aku dipeluk dengan erat sekali. Kenapa fariz berubah? Kenapa di awal perkahwinan hari tue dia seakan menerima aku.
Saya nak keluar kejap. Ada kerja..
Aku hanya terdiam. Malas hendak nak berkata2..

Fariz harus menyelesaikan masalahnya dengan tina. Dia tak mahu rumah tangganya hancur. Dia tak mahu echa tahu dia berhubung dengan tina. Hari ini dia harus menyelesaikan masalahnya dengan tina. Dia rindukan echa. Dia kesiankan echa.

          BAB 6
Tina hanya menangis mendengar keputusan fariz. Dia tak sangka fariz sanggup meninggalkannya. Dia tak sangka fariz dah cintakannya. Fariz buntu melihat Tina masih menangis tapi dia harus kuat sekarang di dalam hatinya hanya NURISA HANI. Dia tak tahu kenapa. Sejak dia meninggalkan echa selama 2 minggu hari tue hatinya merindui gadis itu..
Tina listen me.. I doakan u akan jumpa pengganti yang lebih baik pada I … I sayangkan isteri I tina. She my wife. I taknak dia terluka. Lupakan I tina.
Senang u cakap riz. U ajak I keluar hanya nak cakap semua ni? Riz I tak dapat lupakan u. u satu2 lelaki yang I sayang.
Fariz buntu… tina dalam hati I bukan lagi u. walau dia akui selama dia di London dia xpernah setia dengan tina. Ramai perempuan yang bertakhta di hatinya. Tina kat hati I sekarang hanya isteri i.
U tipu I riz. U tipu i.. ape lebihnya dari I riz. I sanggup jadi isteri no 2 u.
Tak mungkin tina… tina cukuplah setakat nie I balik dulu. I doakan u bahagia.

Selepas bersolat echa mengemas biliknya yang Nampak sedikit berselerak. Dia mengemas pakaian fariz yang masih berada dalam beg. Agaknya dia xsempat nak kemas selepas balik hari. Sedang aku mengemas almari fariz. Aku ternampak album gambar lama. Aku malihatnya. Album gambar zaman sekolah fariz.
Kenapa gambar ni ada di sini. Aku pelik melihat gambar seorang perempuan yang banyak di snap secara curi. Aku tengok disetiap gambar ada plastik pembungkus gula-gula kiss me merah…
Ya ALLAH adakah FARIZ suami aku sekarang nie lelaki yang telah mencuri hati aku dulu. Tapi kenapa dia x kenal aku. Memang rupa aku yang dulu dengan sekarang agak berbeza. Dulu aku berisi sedikit.tak macam sekarang. Bermacam2 ragam gambar aku di snap. Di akhir album ada satu nota. HANI MY FIRST LOVE.. I LOVE U SAYANG…
Ya ALLAH. Terima kasih kerana engkau memberikan aku kebahagiaan. Tetapi adakah fariz benar2 tidak mengenalinya. Yealah tu gambar zaman sekolah. Dah bertahun2 semua. Mungkin kot. Tapi apapun aku harus ceritakan semua nie pada lisa dan zalia. Tentu diaorang tak percaya.
Fariz memberhentikan keretanya didlam garaj. Dia masih teringat zaman dulu. Perempuan yang pertama disukainya. Hani.. belum sempat dia mengenali perempuan dengan lebih dekat. Dia telah berpindah sekolah. Tapi sekarang hanya isterinya didalam hatinya. Dia terkejut bila tingkap keretanya diketuk. Abang faizal.
Riz kenapa ni? Abang tengok macam ada masalah je?
Ehs abang xda apalah. Penat sikit. Banyak kerja sikit. Riz nak ambik cuti lama sikit. Tue yang siapkan semua kerja sebelum cuti.
Kenapa riz nak ambik cuti lama?
Ala abang pun tahu lepas riz dengan cha kahwin riz mana pergi honeymoon lagi. So riz nak bawa dia pergi honeymoon la nie.
Berubah muka faizal. Dia harus mengawal riak mukanya agar fariz tak syak apa2.
Abang setuju tak?
Abang ok jer riz. Asalkan riz dengan cha bahagia. Abang dengan papa pun turut bahagia. Tambah2 lagi arwah mama. Tentu kalau dia ada mesti dia turut bahagia.
Abang riz berterima kasih sangat pada mama kerana temukan riz dengan cha. Dia telah mengubah riz.
Abang tahu riz. Sebab tu mama percaya kan cha. Mama tahu cha boleh mengubah riz.
Riz rindukan mama, faizal tahu adiknya ini begitu rapat dengan arwah mama. Dia cepat tersentuh bila mengenangkan arwah mama.
Dahlah riz. Abang percaya. Mama tenang di sana melihat anak kesayangannya bahagia sekarang. Jom laa masuk. Dah lewat nie.


           BAB 7
Echa begitu bengang bila fariz suruh dia berhenti kerja. Sudah penat dia berbahas dengan fariz namun semuanya tak diterima dia tetap berkeras.
Saya nak awak hantar surat resign 24jam hari ini. Saya hantar awak tempat kerja dan saya akan jemput awak. Serious sekali muka fariz.
Apa yang awak merepek ni? Takda angin tak da rebut suka suka nk suruh saya berhenti kerja kenapa? Balas aku balik.
Saya masih mampu nak sara hidup awak. Saya taknak awak bekerja. Duduk rumah jer. Kali ni suara fariz makin tegas.
Awak ingat saya ni anak patung nak simpan kat rumah.
Awak jangan lupa saya suami awak. Awak kena ikut arahan saya. Cepat siap saya hantar awak. Ni surat resign saya dah buatkan utk awk. Dalam tue ada cek untuk bayar ganti rugi.
Aku hanya mengikut arahan dia. Tergamam aku bila dia bertindak tanpa berbincang dengan aku.
Dalam kereta aku hanya menyepi. Air mata aku menitis jua. Aku sayang nak tinggalkan kerja tu. Apa aku nak buat. Kalau aku makin membantah aku takut jadi isteri derhaka. Aku masih ingat pesan umi. Jangan sesekali ingkar perintah suami.
Fariz memberhentikan kereta di depan office aku.
Awak balik la dulu. Nanti lama pula awak tunggu disini. Nanti saya dah siap kemas semua barang saya col awak.
Fariz memandang aku. Namun aku tidak pasti dia memandang aku dalam reaksi yang macamamana kerana terhalang dari kaca mata hitam dia tue.
Tak payah saya tunggu jerk at sini!! Tegas jawab fariz.
Aku hanya diam. Belum sempat aku melangkah keluar. Fariz menarik aku. Aku memandang dia. Dia mencium aku dahi aku dan kedua pipi aku. Aku semakin pelik tadi dia lain sekarang lain pula. Fariz menyuruh echa berbuat demekian kerana fariz dapat tahu dari kawannya yang satu tempat kerja dengan isterinya yang bos mereka tue giler kan isterinya. Fariz jealous!!!

Tapi kenapa AISA? Kenapa tiba2? Kamu masih tak sihat? Kalau kamu tak sihat, kamu masih boleh ambik cuti. Saya benarkan kamu ambik cuti.
Maafkan saya En.Johan. dalam surat saya dah nyatakan sebab saya nak berhenti kerja dan cek bayar denda. Saya tahu kalau nak berhenti kerja kena hantar notis 3 bulan.
Ok lah aisa kalau tue dah keputusan awak saya tak boleh nak cakap apa. Tapi awak ambik balik cek nie. Saya xdapat terima cek ini. Dan sekiranya selepas ini awak berubah fikiran semula jangan malu jangan segan. Pintu syarikat ini sentiasa terbuka untuk awak.
Terima kasih En.Johan. saya keluar dulu.
Zalia dan lisa terkejut dengan keputusan aku. Tapi nasib baik mereka cepat faham bila aku mnyebut nama fariz. Aku janji dengan dia orang aku akn selalu jumpa dia orang. Mereka bertiga beruntung di university dulu pun satu kelas sekarang satu office. Tapi aku pula terpaksa berhenti. Walau hakikatnya aku sedih tapi aku bahagia bila dapat bersama fariz my red kiss me.
Hang jangan nk lupa kami pula cha?
Aku takkan lupakan hampa lah. Janganlah sedih. Ala korang boleh datang rumah aku la kalau korang rindukan aku.
Lisa menitiskan air mata. Memang lisa sensitive sama seperti semasa hari terakhir mereka di uni.
Lisa awat hang nangis. Hang bukan xboleh jumpa aku dah. Xmo nangis2 dah. Nanti aku nangis sekali.
Telefon aku dah berbunyi.
Nak turun dah ni.
Lisa dan zalia menghantar aku ke kereta. Fariz dah tercegat dengan sepek hitamnya. Memang dia hensem. Bergaya walaupun hanya memakai jeans dengan t-shirt. Fariz membuka bonet belakang untuk meletak barang2 aku.
Fariz hang dah dapat cha, hang pisahkan dengan kami plak.
Fariz tergelak melihat lisa yang masih berbaki dengan air matanya.
Ler bknnyer aku tak bagi korang jumpa dah. Aku nak dia jadi suri rumah jer. Aku kesiankan dia. 2 kerja dia kena buat dalam satu masa. Mesti dia penatkan. Nanti pergi la lepak rumah aku ya cik lisa, cik zalia. Fariz menyakat meraka berdua.
Aku memeluk lisa dan zalia bila fariz dah menghidupkan enjin kereta.
Aku masuk ke kereta. Sebak plak aku bila melihat lisa masih menangis. Macam tak dapat berjumpa dah.
Sayang ok? Fariz bertanya bila melihat aku sedih..
Aku hanya diam.
Sayang marahkan abang?
Apa kenalah mamat nie tadi saya awak nie sayang abang pula. Akhirnya aku bersuara bila melihat jalan yang dilalui bukan menuju jalan ke rumah.
Nak pergi mana ni?
Honeymoon…
Biar btul mamat nie. Seram jer aku. Isyh, btul2 la. Nak pergi mana nie?
Fariz tergelak melihat aku gelabah. Kenapa sayang takut. Sayangkan isteri abang. Abang boleh bawa sayang ke mana2 jer abang nak pergi.
Awak jangan main2 boleh tak. Fariz berhenti kereta di pintu depan KLIA. Aku terkejut melihat papa, abg faizal, umi dan smua adik2 aku ada di situ. Fariz membuka pintu. Sayang taknak turun ker? Fariz mengngam tangan aku.
Riz nie beg semua dah ada kat sini. Nie tiket. Abang faizal tersenyum. Aku masih berfikir.
Along jaga diri baik2 yer di tempat orang tu. Jangan lupa kami kat sini. Aku hanya mengangguk. Umi memeluk aku.
Umi janganlah risau. Riz adakan. Lagi pun bukan lama kami pergi. Sebulan jer.
Hah sebulan. Abang boleh x explain kita nak pergi mana? Semua mata memandang fariz. Fariz tergelak. Abang dah cakapkan kita nak pergi honeymoon sayang x percya ker? Nie hadiah abang tuk sayang. Fariz memeluk aku. Semua tergelak melihat aku yang masih tergamam..
Abang nie kenapa tak cakap awal2? Sayang tak bawa baju pun..
Sekali lagi fariz tergelak. Isyh abang janganlah main2. Cancel jerlah hari nie. Kita pergi esok.
Sayang.. look!! Semua baju sayang abang dah bawa.. tue semua beg kita..
Papa bersuara. Riz tue dah panggil tue. Jaga diri baik2. Ada apa-apa col papa.
Baik pa.
Kmi msuk ke balai berlepas. Aku masih x puas hati.


       BAB 8
Boleh tak awak explain kat saya sekarang kita nak pergi mana,kenapa sampai sebulan,kenpa tak bagithu saya awl2. Saya tak suka awak keputusan tanpa brbincang dengan saya? Dah la hawk suruh saya berhenyi kerja.. sekarang awak nak bawa saya pergi mna? baru sahaja duduk aku dah bertubi2 bertanya soalan.
Fariz tersenyum.. dah habis soalan sayang. Ok. First abang tak suka sayang bahsakan awak saya. Yg ke 2 abang dah bgthu kan tadi kita nk pergi honeymoon. Klau syg tnya kat mana. Biarlah nti smpai abang bgthu. Yg ke 3 abg tak bgthu sayang sebab abang nak buat susprise kat sayang. Yang ke 4 abang bkn xnk bncg dgn syg tp nie susprise. Yang ke 5 abg nak sayang ada dkat dng abg. Sbb tue abg suruh sayang berhenti kerja. Puas hati sayangku NURAISA HANI.
Aku tidak mampu berkata apa2. Sekelip mata dia berubah. Ya Allah engkau maha berkuasa. Terima kasih Ya Allah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Terharu dengan semua ni. Aku memeluk fariz.
Terima kasih abang.
Sama-sama sayang. Fariz mencium dahi aku. Dah jangan nangis k.
Aku menangis kerana bahgia sayangku. Kini aku bahagia sangat. Terima kasih mama.

Fariz sangat2 romantik. Sekarang aku harap sangat dia dapat mengenali Hani nyer. Sedang aku termenung di balkoni apartment yang di sewa farid selama kami berada di situ. Sambil melihat keindahan alam semula jadi. Aku begitu tersentuh dengan sikap fariz.
“oh mak kau” aku melatah terkejut tiba2 fariz datang memeluk dari belakang.
Fariz tergelak.. “oh bini abang ni melatah yer.”
“abang ni.. lain kali bagi salam dulu boleh tak?
Ok ok sorry sayang. Satu ciuman hangat hinggap di pipi aku. Aku bahagia saat ini tak terhingga.
“abang siapa hani? Aku bertanya kepada fariz.
“fariz melepaskan pelukan aku, dan memandang aku?
Sayang jumpa album lama yer?
Aku hanya tersenyum. Abang masih cintakan hani tak?
Fariz tergamam.. sayang sekarang dalam hati abang ada sayang jer. Kenapa perlu sayang Tanya soalan macam ni? Sayang hani tue cinta zaman sekolah abang. Sekarang abang dah ada permaisuri hati abang. Selepas abang nikahi sayang hanya jer yang bertakhta di hati abang.
Fariz pelik melihat aku yang sedih. “sayang kenapa ni?
Maknanya abang dah lupakan hani la?
Sayang itu cerita lama. Abang dah lupakan hani lepas sayang nmenjadi isteri abang.
Abang dah cintakan hani la?
Fariz semakin risau melihat isteri kesayangan mula menangis.
Look sayang. Abang hanya cinta sayang seorang sahaja.
Abang tipu!!!
Fariz bingung. Sayang what wrong? Kenapa sayang x percayakan abang?
Abang tipu sayang.. abang cakap abang x cintakan hani. Tapi sebenarnya abang semakin cinta kan hani. Fariz kebingungan. Dia pelik. Itu semua tak benar. Hani sudah menjadi sejarah masa lalunya dah hamper 10 tahun dia mencari hani tapi tak ketemui.
Abang masih tak kenal hani?
Fariz semakin pelik.
Abang NURAISA HANI…
Fariz semakin terkejut. Ya Allah tak mungkin. Tak mungkin isterinya sekarang adalah cinta pertamanya. Fariz masih tak percaya.
Abang tak percayakan. Kalau abang nak tahu dulu hani memang gemuk. Walaupun gemuk dia diminati ramai. Kan bang. Tapi kalau abang nak tahu lagi. Hani hanya mencintai seorang insane yang selalu meninggalkan gula2 kiss me merah di laci mejanya. Setiap pagi hanya itu yang hani akan nantikan. Tapi perkara terjadi tak lama. Tiba2 perkara tue tak terjadi lagi. Tiada lagi gula2 kiss me merah di laci mejanya. Hani masih tercari gerangan yang selalu memberinya gula2 itu. Tapi hani hampir putus asa. Dan kalau abang nak tahu lagi. Sampai sekarang hani itu masih cintakan orang yang selalu memberinya gula2 tu.
Fariz menitiskan air mata. Terus memeluk isterinya. I love u sayang. I love u so much. Fariz bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahi dia seorang insan yang bergelar isteri sekarang. Insan yang memang di cari selama ini. Echa hanya membalas pelukan fariz. Semakin erat.
Maka tercipta kisah cinta mereka berdua malam itu. Terbuktilah rasa cinta mereka berdua bersaksikan bulan dan bintang. Rahsia cinta tak siapa yang tahu!!!