echa

Thursday, March 19, 2015

What are You Feel??

Kisah seorang budak dengan keluarga dia.

Saya kenal seorang budak perempuan ni. Dia anak sulong dalam keluarga dia, Bukan sahaja anak sulung, Malah dalam keluarga besar dia, dia cucu sulung. Untuk mak dia, dia harapan keluarga. Adik2 kecil lagi, Dari umur 17 tahun dia dah mula bekerja, Habis je exam spm dia pergi merantau, Dengan linangan air mata mak dia, dia ke kuantan, ke rumah saudaranya. Di sana, dia mencari kerja yang sesuai dengan dirinya, macam-macam kerja dia cuba, last sekali dia dapat kerja di srbuah pasar mini. Dengan gaji 300 ringgit.. banyak mana lah sangat gaji tu, nak hantar kampung pun tak lepas, dia tak bertahan lama kerja di situ. Last sekali dia buat keputusan nak pulang ke kampung, tanpa memberitahu yang dia sudah berhenti kerja. Arwah datuknya yang mengambilnya di stesen bas pelik bila melihat banyak beg yang dia bawa balik. Dia masih ingat soalan arwahnya demi menjaga hati cucunya ini, dia hanya bertanya "Banyak barang bawa balik? Lama ker cuti?" yang cucu hanya tersenyum. "Along balik untuk selama-lamanya" itu sahaja jawapannya. Dulu masa nak pergi arwah yang belikan tiket. Dia tak banyak bercakap. Hanya balik duduk dirumah, Lastly kawannya ajak dia bekerja di kedai makan, dengan pendapatan rm20-rm25 sehari,dia tak fikir panjang, terus sahaja terima. Pergi kerja pukul 11 balik kerja tak tentu kadang-kadang pukul 1 pagi kadang- kadang pukul 2 pagi, Ikutkan kerja dekat situ memang tak habis duit, dah namanya kedai makan, memang makan free la. Dengan maknya jarang sekali berjumpa, apa boleh buat kerja pukul 11, maknya sudah pergi kerja, balik kerja maknya sudah tidur. JaranG sekali dia jumpa maknya. Sampailah masa yang dinantikan result SPM, Dia tak mengharapkan banyak pun. Selepas result kuar, dia masih layak memohon masuk ke tingkatan 6, dia mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6. If korang semua perasaan.. budak perempuan ni tak ada bapak ke? tak pernah dia cerita pasal bapak. Until one day. Lagi beberapa bulan nak puasa. Dia menangis, tanpa sebab, tanpa tahu kenapa matanya sembap, kenapa dia menyendiri.. rupa-rupanya ini punca segalanya. Di mana bapaknya? Masih adakah? Siapa yang menghantarnya ke sekolah , mengambilnya dari sekolah? Siapa?? Siapa yang memberinya duit untuk ke sekolah? Siapa yang menghantarnya ke kelas tambahan malam, siapa yang mengambilnya dari kelas tambahan malam. Budak perempuan ni memang suka berkawan, tak kira laki perempuan dia bawa balik ke rumah, sikap buruk dia terlalu menghormati kawan, terlalu takut kehilangan. At the same time, dia juga jarang bercerita tentang dirinya pada kawan-kawan. Susah senang dia, makan minum dia, sakit dia, dia tak pernah. Kecuali dia tak mampu untuk bertahan lagi, but dalam masa sama, ada yang kata dia meraih simpati eventhough dia tengah ketakutan sekalipun. Dia cuba untuk dia tidak melibatkan sesiapa. 

Tapi terbongkar segalanya bila dia sudah tidak mampu menanggung seorang diri. Akhirnya dia bercerita. Dia persoalkan kenapa dia harus terima semua, adakah sebab dia tak pandai, adakah sebab dia tak bijak sehingga bapak dia mencari orang lain untuk ganti tempat dia di hati bapanya. Memang ramai yang memberitahu bahawa bapaknya sudah mempunyai along yang lain dan sudah tidak sayangkan dia. Tapi dia hanya pekakkan telinga.. rupanya panas tidak sampai ke petang, air mata dia yang membasahi bumi dulu. Disangkakan bapanya pergi mencari rezeki, pulang dengan membawa anak  sudah masuk 2 orang anak. Bermakna selama dia menghilang 3 tahun, dia membina kebahagiaan di atas penderitaan anak-anaknya yang menanti kepulangannya sepanjang malam. Begitu perasaan budak perempuan itu, pelajaran dia tolak ketepi, kahancuran hati ibunya yang diutamakan, kesihatan ibunya terjejas. 
Sememangnya ibunya tidak boleh tertekan, atas nasihat doktor, pastikan ibunya tidak menerima tekanan atau kejutan yang boleh menyebabkan keburukan padanya. 

Atas rasa simpati, kasih sayang anak terhadap bapa, budak perempuan itu memaafkan bapanya, kerna mereka hanya mempunyai bapa seorang sahaja. Air yang dicincang tidak akan putus. Inikan lagi pertalian antara bapa dan anak. 

Kehidupan mereka beransur pulih, bahagia walaupun ada penderitaaan yang disembunyikan, walaupun ada hati yang terluka, kerana simpati Kami memaafkannya, kerana namanya yang dibinkan dan dibintikan pada nama budak perempuan itu dan adik-adiknya. 

Keadaan semakin parah apabila bapanya jatuh sakit, tidak tahu apa punca, tidak boleh berjalan, tidak boleh makan, tidak boleh bercakap, dan hilang ingatan. Segala cara keluarga budak perempuan itu mencuba. Rawatan moden, rawatan kampung. Langsung tidak ada perubahan. seorang ustaz mengatakan yang bapanya terkena santau dalam makanan. 1 lagi dugaan yang di hadapi budak perempuam itum dalam keadaan dia yang akan menduduki STPM.., keadaan ini yang harus dia lalui hadapi.. dia yang akan menduduki peperiksaan, mengulang kaji ditemani maknya sambil mereka berdua berjaga dan memantau keadaan bapanya. Dengan keadannya yang tertekan dia hanya redha sahaja.

19 Mar 2015

Sehari aku tinggal kejap, masih ada yang ternanti kesudahan kisah ni kan. Dia seorang anak gadis yang kuat, dia kena kuat untuk mak nya tapi dia kuatkan semangat dia tahu dia tak akan berjaya. keadaan bapa dia semakin hari semakin teruk, apa yang dia mampu buat. Hanya mampu berdoa. Sehingga bapa dia pulih, walaupun tak sepenuhnya. tapi ada perubahan.

Budak perempuan ni bawa diri dia ke ipoh.. sebab apa dia bawa diri ke ipoh. Tidak diberitahu olehnya. Dari hari ke hari dia belajar berdikari. Belajar mengenal erti kehidupan. Cara membawa diri. Berkawan dengan bermacam macam kawan. Dia hanya perlu memilih jalan mana yang harus dia ikut, adakah jalan yang lurus atau jalan yang penuh onak duri. 

Tuesday, January 29, 2013

MEREKA

Kehidupan aku sekarang hanya diserikan dengan kehadiran beberapa insan yang rapat dengan aku. yang banyak menolong aku tidak kira dari segi apa pun. Insan itu ialah angah, nyah, kak Eja dan Irfan A'isy. Selain dari cinta hati aku. Mereka adalah pengubat rindu aku kepada family aku yang jauh di mata aku. Terutama sekali Nyah. Dia banyak membantu aku. Banyak memberi aku nasihat. Menyokong aku. Mereka ni tak pernah berkira dari segi apa pun. Tak pernah aku merasai kehidupan seperti ini. Tak sama seperti hidup aku.
Nyah kemana sahaja dia pergi pasti akan diangkut aku sekali. apa sahaja yang dia makan, aku pun akan turut merasa.
Mereka berempat ni lebih kurang sama sahaja.
Before ni aku mengaku sejujurnya tak pernah merasa makanan seperti yang memang selalu disiarkan di iklan-iklan tv. aku dulu mampu berangan untuk menjejak kaki ke restoran-restoran sedemikian. Apatah lagi nak shopping kat shopping complex yang besar. walaupun shopping barang-barang yang bukan berjenama, tapi aku baru merasa itu semua.
Mereka telah pun membuat angan-angan aku menjadi kenyataan.
Aku mengaku, aku adalah seorang budak kampung yang terkial-kial apabila masuk bandar. Dulu aku takut untuk hidup berjauhan dari family. Tapi dengan adanya mereka aku dapat rasai yang aku mempunyai saudara di sisi aku.
Ketika aku susah, mereka yang membantu aku. Terima Kasih tak terhingga aku kepada mereka. Hanya DIA yang berkuasa mampu untuk membalas jasa dan budi mereka terhadap aku.
Ketika ini dimana saudara mara aku, dimana mereka dikala aku memmerlukan sokongan mereka.
Hidup aku sekarang hanya untuk kebehagiaan keluarga aku. Pagi petang aku bekerja untuk membahagiakan keluarga aku. Mereka banyak memberi peluang kepada aku.

Terima kasih yang tak terhingga kepada angah,nyah, kak eja n especially irfan a'isy kerana memberi peluang untuk orang merasai ini semua.

Orang sayangkan hubungan ini.

Love U all......
best memories with them..



Sunday, December 18, 2011

BAB 7..


~Bab 7~
Hafiz bergegas ke bilik meeting…
Di bilik meeting mirul dan beberapa staf lain sedang mengemas meja…
Mirul macam mana meeting?...
La Hafiz tadi kau cakap kat aku kau excident… aku tengok kau ok jer??? Ker aku bercakap dengan roh kau???
Kau ni aku bagi sebiji baru nak serius agaknya… aku ok lah… hafiz duduk di kerusi…
Betul ke kau ok ni? Aku tengok macam tak ok je?
Aku ok… yang tak ok budak perempuan yang excident sekali dengan aku tadi…
What? Perempuan? Weh…weh… cantik tak?
Engkau ni kan aku serius ni… aku tengah risau macam mana nak berdepan dengan suami dia… mati aku… tadi pun dia dah usha aku lain macam dah…
La dah kahwin ker??? Melepaslah…
Eii mamat ni…
Woi woi… aku gurau je… relax la.. habis macam mana dengan perempuan tu? Teruk ker?
Tak ada yang serius… Cuma kena tahan wad je… doktor nak buat pemeriksaan lanjut… hah macam mana dengan mesyuarat tadi…
Dibatalkan!!!
What???.... terkejut… kenapa?
Aku dapat call dari wakil client kita cik Erin excident… sekarang dia ada kat hospital masih tak sedarkan diri… so mungkin mak dia kot datang nanti…
Kalau macam tu nanti kita pergi melawat dia…
Boleh juga… dahlah cik Erin tu cantik… tak kahwin lagi pula tu…
Mana kau tahu dia tak kahwin lagi???
Hei… ni Mirul la… aku tahu la… dia habis belajat terus ganti tempat mak dia kat syarikat tu…
Wahh… kalah wartawan berita… dah lah malas aku nak layan kau…
Hafiz bangun… keluar dari bilik meeting… meninggalkan Mirul yang masih tersenyum bangga di situ…
Kak milah… buatkan saya milo… lepas tu cancelkan semua appoiment saya hari ni… saya nak ambil MC…
Baiklah cik Hafiz…
Hafiz masuk ke biliknya dan memicit kepalanya yang baru terasa sakit…
Pintu bilik di ketuk dari luar…
Masuk!!!
Cik Hafiz… ni air nya… cik Hafiz ok tak ni???...
Ok ok kak milah… terima kasih yer…. Kak milah boleh tolong saya 1 lagi…
Apa Cik Hafiz…
Call pak samad… suruh dia datang ambil saya…
Baiklah
Terima kasih…
Sama-sama…
Hafiz meneguk air milo yang di bawa setiausahanya tadi… dia mengambil begnya dan keluar dari biliknya… bila dia diberitahu pak samad sudah sedia menunggunya di bawah…
Woii… kau nak balik ke???
Aku MC hari ni… kau tengok-tengok kan apa yang patut… pandai-pandai kau la…
Baik bos… sambil mengangkat tangan seperti anggota polis mengangkat tangan hormat kepada pegawai tertinggi mereka…

~Bab 8~
Assalamualaikum…
Hafiz kenapa balik awal ni?
Tak berapa sihat sikit bonda?
Kereta hafiz mana? Kenapa pak samad yang ambil?
Bonda jom kita masuk dulu… nanti hafiz ceritakan…
Ok… bik buatkan air…
Baik Datin…. Jawab bibik dari Indonesia itu yang sudah lama berkhidmat dengan mama. Hafiz hanya memandang sahaja bibik berlalu ke dapur. Kepala dia masih lagi pening memikirkan kemalangan yang berlaku pagi tadi.
Ok sekarang cerita pada mama, apa yang berlaku. Hafiz Nampak pucat je.? Hafiz tak sihat ke?
Ma tadi Hafiz kemalangan.
Hah!!! Astagfirullahalazim…. Sambil mengurut dada. Nasib baik tidak berlaku apa-apa pada anak kesayangannya itu. Itulah satu-satunya anak lelaki hasil perkongsian hidup Datin Rafidah dengan Dato Hashim. Fiz tak ada pape ke? Teruk ker?




~Bab 9~
Dua hari Hafiz tidak ke pejabat. Dua hari itu juga dia asyik berulang-alik ke hospital. Nasib baik perempuan yang dilanggar dia tu dah sedar dan dah stabil. Lega sedikit hati dia.
Tiba-tiba lagu hafiz dan adira, lagu tema filem ombak rindu berbunyi. Hafiz cepat-cepat keluar dari bilik itu, tidak mahu ketenteraman yang ada di bilik itu.
Hello…. Ada apa kau call aku ni? Ada masalah kat office ker?
Amboi kawan… tak kan aku tak boleh nak call kau dah..
Tak adalah… aku kat hospital ni…
Hah! Elok la tu… kau kata nak melawat cik erin… dia pun ada kat hospital…
Alamak mirul aku lupa la… macam mana ni? Kau kat mana kat sekarang?
Aku on the way nak pergi la ni… tadi aku dah call setiausaha tanya no bilik dia…
Kalau macam tu aku tunggu kau lah… dah sampai call aku…
Ok…
 20 minit kemudian mirul sampai. Dengan membawa buah tangan untuk orang yang mereka ingin lawat…
Jom lah… ajak mirul…
Kau nak pergi mana?
La lawat cik erin la…
Bilik ni ke?
Ye la…
Kau biar betul…
Ya Allah… kenapa dengan kau ni fiz… betul la… aku dah confirm dengan nurse kat depan tadi… nama dia Syazrin Farah Atira… hah.. betul la ni…
Aduh… kau tahu tak… nie bilik perempuan yang aku langgar hari tu!!!
Kau biar betul fiz…
Betul la… jadi ni cik Erin tu la ye… mati aku macam ni…
Eii kau ni pun tak siasat dulu sebelum langgar orang tu…
Kau ni kan… orang dalam keadaan macam ni pun kau nak melawak lagi…
Mirul… tergelak melihat muka kawannya yang dah jadi macam ayam berak kapur…
Dah la … jom kita masuk… insyaallah tak ada apa… nanti aku backup kau yer… sambil tergelak…
Assalamualaikum… mirul memberi salam…
Waalaikumussalam jawab erin… ehs encik amirul masuk la…
Ni untuk Cik Erin… Mirul menghulurkan buah tangan yang dibawanya tadi…
Terima kasih… susahkan Encik Amirul je…
Ehs tak ada susahnya Cik Erin… lagi pun yang langgar Cik Erin tu bos saya juga… Mirul tersenyum… melihat muka Hafiz yang tiba-tiba berubah…
Hah… Encik Hafiz ni bos awak ke? Erin tergelak bila mirul tergelak… sebenarnya Encik Hafiz tak salah pun… saya yang salah… tak berhati-hati… sebab dah lewat nak pergi meeting tu…
Ehs… saya pun salah cik erin…
Hurmh… kalau dua-dua nak mengaku bersalah… nampaknya… lebih baik tak payah buat report…
Saya tak buat report pun… sebab saya tahu saya salah…. Kata Erin…

~Bab 10~
Malam tu Hafiz tak dapat melelapkan mata… tiba-tiba dia teringatkan Erin… lain benar perwatakan Erin… selepas menghantar Erin balik tadi… tiba-tiba dia dipagut rasa rindu kepada gadis itu…
Tiba-tiba handphone Hafiz berbunyi menandakan ada mesej masuk…
Terima kasih sebab hantar I balik tadi… dan terima kasih sebab sudi temankan I kat hospital
Hafiz tersenyum…
Most welcome…
Hati hafiz semakin berbunga-bunga…

Morning mama…
Erin nak pergi mana ni?
La mana lagi… office la ma… kesian kat tasya handle office sorang-sorang…
Erin kan tak sihat…
Siapa cakap Erin tak sihat… Erin dah sihat la ma…… lagi pun dah banyak hari Erin rehat kat hospital tu… ok lah mama Erin nak pergi dah ni… dah lewat… Erin bangun dan mencium pipi mama kesayangannya itu… baru semalam anaknya itu pulang dari hospital… hari ni dah nak masuk office….
Oh ya ma… rin pinjam kereta mama ye… kereta rink an kat workshop lagi…

Semua orang terkejut dengan kehadiran Erin ke Office…
Woii mak cik kau gila ke? Tiba-tiba Tasha melenting…
Apa kau ni… tak ada angin, tak ada rebut… nak marah-marah aku apasal…
Kau tahu tak semalam baru kau keluar hospital…
Aku tahu… kenapa?
Kau tanya kenapa? Ni aku nak tanya kau, kau buat apa kat sini?

Friday, October 14, 2011

karya blom ciap lagi......


~Bab 1~

Kau nak balik dah ke Rin?
Yelah. Kenapa? Kau tak sanggup nak tinggal kampus ni ke?
Memanglah. Aku tak sanggup nak tinggal, lepas ni bila pula aku dapat datang sini.
Eish tasya kau ni buat aku geli lah. Bila2 masa je kau boleh datang kalau kau nak datang sangat.
Maksud aku bukan datang saja-saja?
Datang sebagai student, macam sekarang.
Kau ni kan masa belajar kau duk kalut nak cepat habis belajar, bila dah habis belajar kau nak belajar pula. Pelik betul aku dengan kau ni. Kau nak balik ke tak ni? Kalau tak aku tinggal je kau dekat sini. Tu teman pak cik hashim ronda kampus ni sampai malam. Bila lagi kau nak tolong dia kalau tak sekarang.
Kau ni kan rin… Suka sangat perli aku. Nasib baik aku ni… bukan jenis simpan dalam hati. Kalau tidak dengan sapa kau nak kawan?
Alah kalau kau nak simpan dalam hati pun kau ingat aku kisah ke? Cepat la mak cik oii… Panas ni. Asyik membebel je. Aku tinggal baru tahu… berjalan sambil melambai-lambai kearah Tasya yang masih tercegat disitu memerhatikan kawannya itu.  Erin suka sangat menyakat kawan baik dia Tasya!...
Bukan Erin tak ada kawan lain, tapi kawan-kawan lain hanya memandang duitnya sahaja. Tidak sama macam Tasya. Walaupun dia bukan orang senang tidak pernah dia nak meminjam duit. Itu prinsip kawan baiknya. Dan Erin tidak pernah berkira dengan Tasya. Ke mana sahaja dia pergi, apa sahaja dia makan dan dia beli Tasya akan dapat. Banyak kali juga Tasya menolak semua pemberiaanya. Katanya takut terhutang budi tak mampu dia nak bayar. Tapi Erin tidak pernah mempunyai niat untuk meminta balasan atas semua pemberiaannya. Dia ikhlas.
Sampai sahaja di depan rumah, Erin melihat mamanya duduk termenung di taman mini buatan mamanya.
Assalamualaikum mama.
Waalaikumussalam… Anak mamanya rupanya… Dari mana ni? Awal-awal lagi dah keluar…
Oh tadi rin tak nak kejutkan mama. Rin pergi kampus ambik barang-barang yang ada kat hostel… Lepas tu rin pergi ambik sijil. Mama ni kenapa? Termenung je..?
Tak ada apalah. Nampak diraut muka mamanya menyembunyikan sesuatu. Tapi Erin tidak suka memaksa mamanya bercerita selagi dia belum bersedia. Dia tahu mamanya akan bagitahu juga nanti.
Ok lah kalau tak ada apa. Rin nak naik mandi dulu…
Ok. Solat asar terus sayang…
Rin dah solat tadi dengan tasya… Sebelum balik tadi singgah masjid, takut terlambat sampai rumah, alang-alang dah lalu di hadapan masjid terus je solat…
Rin!
Ya ma..?
Ada surat tadi… Mama letak atas meja.
Ok ma. Terima kasih ye…
Mama sekarang kalau tak kat office pasti dia akan berada di rumah melihat taman buatan mereka berdua. Masih teringat lagi bagaimana mama mengambil alih semula syarikat peninggalan arwah datuk kepada mama dari lelaki yang bergelar suami…
Waktu aku masih lagi dibangku sekolah menengah. Aku pulang dari sekolah dan melihat mama sedang bertengkar dengan papa. Memang itu kebiasaan mama dan papa bila papa pulang ke rumah. Aku dah naik jemu melihat mereka asyik bertengkar tapi aku sudah tak tahan lagi melihat papa memukul mama. Aku membantu mama dengan memukul papa dengan payung yang aku bawa ke sekolah. Papa nak pukul aku tapi sempat ditahan oleh mama. Sejak itulah papa keluar rumah dan terus tak pulang-pulang.
Mama memfailkan permohonan cerai dan terus menukar nama syarikat ke atas nama aku. Dan mama membuat report polis diatas kesalahan papa yang selalu memukul mama. Sejak dari peristiwa itu aku langsung tak berjumpa dengan papa. Tapi ada juga yang bagitahu aku papa dah kahwin lain. Aku langsung tak kisah.
Assalamualaikum
(Terkejut) waalaikumussalam. Ehs mak long bila sampai?
Dah lama dah. Apa yang rin menungkan sampai tak sedar mak long masuk bilik ini.
Ehs tak ada apalah mak long. Pak long mana?
Ada kat bawah dengan abang iz.
Ooo. Aku kurang senang sikit mendengar nama iz. Kerana iz pernah meluahkan perasaannya pada aku.
Ehss mak long jom laa kita turun. Buat apa duk kat bilik rin yang bersepah ni.
Tue lah mak long pun pelik. Anak dara apa ni?
Mereka berdua tergelak.
Pak long.
Hah Erin ada rupanya.
Ada la pak long. Abang bila balik dari London?
Setahu aku selepas aku menolak lamaran dia, dia terus membawa diri ke London. Aku nak tergelak pun ada.
Dah seminggu dah Rin. Rin sihat?
Rin rasa setakat ini sihat lagi. Kalau tak confirm tak boleh turun jumpa abang ngan pak long tadi. Erin menyakat Iz. Mereka semua tergelak.
Abang x bawa balik awek mat saleh ker? Tiba-tiba peha aku di cubit oleh mama.Adui!!! Semua mata memandang aku. Mama Sakitlah. Mana datangnya ketam tu ma? Sambil mencebik muka dan menggosok pehanya yang dicubit oleh mamanya akibat daripada mulutnya yang nakal itu.
Ha tuelah mulut tu kalau tak sakat orang x boleh...
Rin. Panggil pak long
Yea pak long. Erin memandang pak long nya.
Lepas ini apa planning rin?
Planning apa pak long?
Hah tengok itu la abang. Budak ini saja buat-buat tidak tahu. Saya tak tahu nak bagitahu macam mana dekat dia. Macam macam alas an yang diberinya.
Ala pak long dengan mak long datang nak bincang pasal Rin ker?  Pak long rin tak ada planning lagi la. Rin ingat nak berehat dulu. Kenapa pak long? memandang pak long nya. Bukan dia tidak tahu pak long dan mak long memang mengambil berat tantang dirinya dan keluarga semenjak mama dan papa berpisah. Dan semenjak arwah datuk meninggal.
Pak long rasa dah tiba masanya rin ambil alih syarikat Tu...
Kenapa? Mengharapkan penjelasan dari semua pak long nya. Abang Iz, mak long dan mama hanya menjadi pendengar di dalam perbincangan kami berdua itu. Mama dah tak nak handle ker syarikat tu? Kalau mama tak nak handle bagi la abang iz handle.
Isyh budak nie ke situ pulak. Mama terkejut dengan cadangan aku itu.
Habis Tu. Rin tak sedia lagi la nak pegang jawatan tu. Besar sangat. Pengalaman pun tak ada. Jawab Erin. Bukan dia sengaja tak nak ambil alih jawatan mama nya. Tapi syarikat itu sekarang tengah melonjak naik. Siapa tak kenal mama. Aku takut dengan aku mengambil alih syarikat itu akan menjejaskan syarikat. tentu ramai yang menganggap aku ni budak baru dan masih belum layak memegang jawatan yang sebesar itu. Lain mama. Mama dah lama memegang jawatan itu.
Kalau macam tu rin ikut jer mama pergi syarikat. Nanti mama ajar la. Pujuk pak long dengan muka sayu. Mengharap aku setuju dengan cadangannya
Tengoklah dulu pak long macam mana. Nanti Rin fikir macam mana. Nanti bila Rin dah sedia Rin bagitahu pak long dengan mama.
Rin! Abang Iz rasa kalau Rin nak mulakan dari bawah dulu pun boleh. Rin belajar satu persatu. Lama kelamaan Rin mesti dah tahu selok belok syarikat. Dan masa tu mak ngah pun dah tak risau kalau mak ngah nak serahkan syarikat itu seratus peratus pada Erin. Iz percaya mak ngah. Erin boleh pegang jawatan itu. Tapi bagi dia sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan syarikat. Dulu Iz pun macam tu jugak tak yakin dengan diri sendiri. Tapi iz ambil keputusan untuk mulakan dari bawah.
Hah tengok pak long, mama. Abang Iz pun sokong dengan keputusan Rin. Nanti bila Rind ah bersedia dengan tak malunya Rin akan suruh mama duk rumah berehat saja kat rumah. Tak perlu pergi office lagi.
Kalau macam itu yang Erin nak. Pak long setuju. Tapi jangan ambil masa yang lama. Kesian mama. Mama rin tu dah penat uruskan syarikat itu.
Baik bos!! Sambil tergelak.
Setelah pak long dan mak long. Aku memberitahu mama aku nak masuk bilik. Kepenatan. Lagipun aku masih belum buka surat yang mama bagi tadi.
Malam tu aku tak lena tidur kerana memikirkan surat yang aku terima tadi. Aku tak tahu siapa yang hantar surat tu. Hanya ada signature from your admire. Sejak bila pula aku ada orang yang minat kat aku ni. Dalam surat tu seperti pengirim tu sudah lama mengenali aku.



Dear My Princess…
Kelmarin I ternampak u dengan tasya di masjid. Sejuk hati I bila tengok buah hati I  rupanya seorang begitu sempurna. Walaupun u kelihatan seorang yang moden rupa-rupanya u seorang yang tak lupa pada Allah S.W.T. I bangga dengan u. 
Semakin hari semakin I rindukan u. I hanya menadah tangan agar DIA membuka pintu hati u untuk I. I tahu ketika ini pasti u keliru. Memikirkan siapakah gerangan pengirim surat ini. U jangan risau insyaAllah kalau ada jodoh kita akan berjumpa nanti. Dan waktu itu I akan pastikan u akan menjadi milik I. tetapi hanya izin dari U.
I harap surat ini tidak menganggu u. I akan selalu mengirim rindu I melalui angin kepada u.
Assalamualaikum
From
Your secrete admire.

Ish siapalah mamat skema ni.
Haa apa kata aku tanya tasya mana tahu dia tahu. Erin cepat-cepat mendail nombor kawan baiknya.
Hello, assalamualaikum. Erin memberi salam… Takut kawannya itu sudah tidur…
Waalaikumussalam… kau ni kenapa tak tidur lagi?
Alah aku tak boleh tidur la weh…
Habis tu kalau kau tak boleh tidur kau nak aku buat apa?
Weh tasya aku tak boleh tidur bersebab... aku tengah bingung ni.
Memang la kau tu bingung…
Kau ni aku serius ni. Erin seakan-akan merajuk dengan tasya. Tasya memang suka menyakat Erin kalau Erin dalam kebingungan… Saat itu saja Erin akan kalah dengannya.
Yea kenapa dengan kau wahai Cik Syazrin Farah Atira…
Aku dapat surat dari someone tadi.
Surat apa? Seakan-akan terkejut.
Aku tak tahu siapa dia. Dia tulis kat situ dia tu secrete admire aku.
Tasya tergelak!!!
Hoiii kenapa kau gelak?
Woii rin sejak bila kau ada secrete admire ni?
Kau ni aku serius tau. Kalau kau tak percaya esok kita jumpa aku tunjuk surat tu kat kau.
Yelaa… elok laa tu boleh kau hantar aku untuk interview esok…
Kau nak pergi interview? Kat mana? Cepatnya minah ni dapat kerja…
Syarikat mama kau la…
Kau ni tak ada tempat lain ke?
Aku mana tahu surat interview sampai kat rumah aku pagi tadi.
What?? Terkejut!
Woii tak payah la kau menjerit kat telefon tu… Boleh pekak telinga aku… Marah tasya..!
Alamak nampaknya mama aku pandai pasang umpan…
Kenapa…??
Tak ada apalah… Esok aku ambik kau… Pukul berapa kau interview..?
Pukul 9… Jawab tasya…
Ok… terus menekan butang merah. Handphonenya dicampakkan tepi katil… Eish makin aku tak boleh tidur… Confirm mama yang hantar surat interview tu kat rumah tasya.




















Hah!! Awal bangun anak mama. Mengigau ada kuliah lagi ker?
Tak ada lah. Acuh tak acuh sahaja Erin menjawab. Mama Erin nak kena interview jugak ke?
Interview? Pelik dengan soalan anak kesayangannya itu.
Ye la mama hantar surat interview kat rumah tasya kan? So erin nak kena interview juga ker nak keja kat syarikat mama tu?
Sayang! Syarikat tu syarikat awak.  Buat apa nak interview-interview ni? Bila nak masuk kerja?
Tengok la. Kalau tak minggu depan or bulan depan.
Bulan depan? Kenapa lambat sangat? Mama hari ni dah 29hb dah… lagi berapa hari jer. Bagi erin prepare diri erin nak masuk kerja dulu. Baju nak pergi office pun tak ada…
Oooo macam tu… habis tu nie nak pergi mana?
Nak hantar tasya pergi interview. Lepas tu nak pergi shopping kejap. Boleh kan?
Telefon bunyi.
Yea mak cik… kenapa? Tergelak.
Kau kat mana? Nada marah!
Aku tengah breakfast kat rumah. Kenapa?
Cepat lah nanti aku lambat la.
Oii mak cik orang yang nak interview kau tu pun ada kat rumah lagi tau. Kau kalut nak pergi mana? Sekarang baru pukul 8. Kau interview pukul 9 kan.
Yer la aku nak sampai awal. Yerlah yerlah aku keluar ni. Mama rin pergi dulu. Byk ragam laa si tasya ni. Nak smpai dulu pada mama katanya. Padahal dah sah-sah dia dapat kerja kat situ…
Erin erin…. Kalau arwah atok masih ada pasti dia bangga dengan Erin.

~Bab 2~
Tasya kau ingat lagi tak zaman kita sekolah dulu? Mengimbau kenangan lama
Kenapa?
Mana pergi boyfriend kesayangan kau si zack tu erk?
Ermm London…
Wooo jauhnyer… dia buat apa kat sana?
Belajar la rin. Mak bapak dia kan nak dia jadi law…
Oo kira cinta putus di tengah jalan lah ni.
Ye la kot… yang kau ungkit cerita zaman sekolah ni kenapa?? Rindu kat buah hati kau tu ye…
A’ahh lah kat mana dia sekarang erk??? Kau tahu dia kat mana tak??
Mana aku tahu?? Kau tak tanya Fira?
Tak nak aku. Nanti dia perasan pulak yang aku duk angau kat abang angkat dia tu.. jap lagi ada jugak yang jelous.
Wehh!!! Macam mana dengan surat misteri kau tue? Kau tahu tak siapa dia?
Kalau aku tahu aku tak tanya  kau la…
Pintu bilik di ketuk…
Masuk… yea kak rozi…
Cik erin.. ada bunga?
Bunga? Untuk saya ke kak??
Yea…
Siapa yang hantar kak?
Akak pun tak tahu..
Ooo ok.. terima kasih kak.. cik erin jangan lupa petang ni mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah.
Aik… saya kena pergi ker kak? Mama mana?
Puan minta cik erin yang masuk. Puan cakap dia tak berapa sihat…
Mama tak sihat. Pelik! Pagi tadi mama elok jer. Ok lah kak. Nanti akak bawa fail-fail yang di perlukan tu...
Baik cik erin…
Wau rin. baru seminggu masuk kerja dah ada yang minat kat kau ker? Masih membelek-belek bunga yang diterima sahabatnyer tu.
Erin merampas bunga tu dari tangan tasya…Hah yerlah sangat kau tue…erin melihat kad yang terselit di bunga tue.. eih biar btol.. mamat nie tahu aku kerja kat sini… eii tasya cuba kau tengok kad ni..
Ikhlas
Selamat pagi cinta….
Secret admire
Ish aku takut la tasha… entah-entah dia ni perogol bersiri ke, pembunuh bersiri ke..
Merepek la kau ni rin…. Cantik jugak bunga ni…
Ish.. dah jom kta pergi breakfast. Perut aku dah nyanyi lagu pop ye ye nie. Menarik tangan tasya keluar. Tapi siapa pengirim bunga tu. Macam mana dia boleh tahu tempat aku bekerja. Erin tertanya-tanya siapa pengirim bunga itu.

Cik erin!!!
Ye saya.
Ada calls dari Syarikat RICH VENTURE.
Rich venture? Siapa?
Pembekal bahan mentah kita cik Erin… Jawab setiausaha Erin itu…
Ooo… Awalnya dia orang masuk kerja… Tasya kau tunggu aku kat bawah la… Aku jawab panggilan ni dulu.
Ok. Tapi kalau kau lambat aku makan dulu… Nanti aku bungkus dekat kau ye…
Ok. Thank you.
Tina sambungkan ke bilik saya…
Baik cik Erin…

Hello Erin here!!
Hello cik Erin… maaf menganggu cik Erin. Saya Amirul sebenarnya saya nak tanya cik Erin dah dapat laporan kewangan untuk bulan ni ke belum?
It’s ok cik Amirul. Ok laporan tu ye! Dah ada atas meja saya… Tapi saya belum semak lagi… dan saya belum keluarkan cek lagi… because saya belum lihat semua barang lagi... boleh cik amirul bagi saya sedikit masa. Ataupun apa kata cik amirul turun ke kilang kami. Because I had something to discuss with you…
Memang itu yang saya nak cadangkan… tapi bila tu cik Erin?  Bila Cik Erin free?
Ok… sekejap ye… I semak schedule i
Tina…Saya meeting dengan lembaga pengarah pukul berapa?
Pukul 2 cik…
Maaf cik amirul apa kata pagi esok. Sebab hari saya ada meeting. Pagi esok saya free.
Oklah kalau macam tu cik Erin. Kita jumpa esok… assalamualaikum…
Waalaikumussalam
Tina masuk bilik saya sekejap…
Baik  cik Erin!!
Hurmh… catat dalam schedule saya esok appoiment dengan RICH venture…
Baiklh cik Erin…
Ok kalau ada siapa-siapa call saya… awak cakap saya keluar ok… awak ambil pesanan.
Baik cik Erin…











~Bab 3~
Hey tasya.
Zarul right?
Ha nasib baik kau ingat aku lagi. Kalau tidak aku merajuk dah tadi. Kau dari mana ni?
Aku tengah tunggu Erin ni. Entah mana minah ni pergi. Anak kau ker nie?
Salam aunty sayang… Anak sulung aku la ni. Mana erin?
Tasya sorry-sorry aku pergi ladies tadi…
Woi mak cik ni memang nak kena jugak nie… kau tengok zarul bekas makwe kau ni. Perangai dia tak ubah-ubah lagi dari dulu sampai sekarang…
Ehs!! Erin tak sangka insan yang pernah bertakhta di hatinya dulu berada di hadapan matanya…
Hai rin. Apa khabar?? Zarul tak sangka bekas kekasihnya masih ayu sama seperti dulu… Matanya rasa tak ingin lepas memandang muka insan yang sangat dicintainya dahulu… Tapi putus ditengah jalan kerana kesilapannya sendiri yang hanyut dengan godaan syaitan…
Baik. Erin tak nak memandang lama mata Zarul. Takut luka lama berdarah kembali.
Papa kakak nak nak akan M besar. jom la papa!!
Ok ok sayang. Kejap lagi kita pergi Mc’d ye. Zarul memujuk anaknya yang sudah merenggek.
Zarul mana isteri kau? Tanya tasya…
Tak datang. Tak larat dah. Tengah mengandung anak ke dua aku. Dah masuk 8bulan. Nie aku bawa anak aku keluar sebab meragam la.
Mari dengan aunty sayang. Erin memujuk anak Zarul. Erin memang suka dengan budak-budak.
Tasya, rin apa kata kita minum dulu. Boleh berbual panjang..
Rin macam mana? Erin hanya mengangguk. Erin biarkan Tasya berbual dengan Zarul. Dia hanya melayan kerenah anak Zarul.
Telefon erin berbunyi.
Hello. Assalamualaikum. Yer ma.
Erin kat mana ni?
Erin dengan tasya tengan minum. Kenapa ma?
Ni pak long dengan mak long datang. Abang iz pun ada. Erin lambat lagi ke balik?
Kejap lagi Erin sampai. Ok ma. Assalamualaikum. Sya aku kena balik la. Ada tetamu kat rumah aku.
Ok. Zarul aku dengan Erin balik la dulu. Nanti jumpa lagi.
Sayang aunty balik dulu yer.
Kakak nak ikut aunty alik. Papa boleh la
Erin tergelak melihat anak zarul merenggek lagi.
Tiara tak boleh ikut aunty balik. Nanti kita jumpa aunty lagi. Zarul memujuk anaknya.
Rin!! Ermm Ni kad zarul.
Ok. Saya balik dulu.
Aku balik dulu zarul. Ada apa-apa kau call la aku. Kau dah ambil no Fon aku Kan?
Dah dah sya. Kau pun nak kahwin jangan lupa jemput aku. Tak Kan kau nak tunggu anak aku dah 10 orang baru kau nak kahwin. Sakat Zarul.
Ye la kau Tu.



~Bab 4~
Malam tu aku tak dapat melelapkan mata kerana teringatkan kenangan lama. Kenangan bersama Zarul. Zarul Adha Nama yang pernah bertakhta di hati Syazrin Farah Atira.

Rin. Nanti bila kita dah habis sekolah kita masuk university yang sama ya sayang. Zarul taknak la kita jauh.
Kenapa?
Zarul tak nak orang lain rapat dengan rin. Nanti orang lain ambil rin dari Zarul.
Erin tergelak. Sayang look. Rin takkan tinggalkan sayang. Tapi tak tahu lah kalau Zarul yang tinggalkan rin.
Jangan cakap macam tu rin.
Betul apa yang rin cakap. Bukan rin tak tahu. Lili pun sekarang tergila-gila kan Zarul.
Erin. Jom balik. Esok-esok pula lah dating nye.
Rin balik dulu. Kita jumpa esok.

Erin seperti biasa ke sekolah dengan tasya pagi itu. Tiba-tiba malik dengan norman meluru berlari ke arah mereka.
Rin Rin.
Hoi korang Ni kenapa? Marah tasya dengan sikap kelam kabut mereka berdua.
Rin. Zarul.
Kenapa dengan Zarul? Aku hanya bertanya biasa.
Zarul kena tangkap basah dengan lili malam tadi dekat aspuri.
Erin hanya terdiam. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.
Rin. Kau ok tak Ni? Rin jangan lah macam Ni. Kau jangan diam je. Kau cakap la Rin. Norman, Malik kau tolong la aku.
Aku nak buat apa? Tanya Norman dan Malik.
Sya aku nak balik.
Rin!!!! Tiba-tiba Zarul datang. Tapi Erin sudah berlari jauh. Zarul sempat mengejar Erin.
Rin wait. Erin tak memandang langsung muka Zarul. Rin itu semua perangkap. Zarul terperangkap. Rin. Sayang pandang Zarul please. Jangan macam ni sayang.
Erin tiba-tiba bertindak menarik tangannya dari pegangan Zarul.
Jijik aku dengar kau panggil aku sayang Zarul. Kau tak layak panggil aku sayang. Aku benci kau. Aku benci kau Zarul. Erin terus berlari pulang. Sejak dari itu Erin tak pedulikan Zarul lagi. Bukan Zarul tak memujuk untuk mendengar penjelasannya. Tetapi Erin langsung tak berinya peluang. Langsung tidak memandang mukanya. Sehinggalah Zarul menyampaikan kad jemputan perkahwinan dia dengan lili dan sepucuk surat.
Kepada: Syazrin Farah Atira sayangku.
Rin, Zarul bukan memberi surat ini bukan nak memujuk rin lagi. Rin bukan bermaksud Zarul nak menduakan rin. Bukan zarul sengaja. Macam yang zarul terangkan selama ni. Zarul terperangkap. Tapi dah tak guna zarul terangkan pada rin. Zarul akan menikah dengan lili minggu depsn. Rin sampai mati zarul takkan lupakan rin.zarul akan sentiasa simpan cinta rin dalam hati zarul.
Salam sayang dari insan yang sentiasa menyanyangimu.
Zarul Adha.

Erin terkejut apabila pintu biliknya diketuk.
Ye ma. Anak mama ni kenapa? Ada masalah ke?
Tak ada apalah ma. Penat sikit. Kenapa ma?
Mak jah panggil turun makan. Erin tak dengar ke? Pak long, mak long dengan Iz dah lama tunggu.
La yeke. Tak perasan Erin… Jom la ma kita turun… Kesian pak long dengan mak long tunggu lama…
Ni mesti anak mama mengelamun… Jom turun makan
Hah ape dibuat Erin kat bilik tu? Tanya pak long…
Ala pak long relax la... Erin saja lambat-lambat… Jawab Erin.
Wah siapa masak Ni? Banyaknye lauk… Sedap pula Tu… Erin duduk di sebelah Iz…
Nak harapkan anak mama masak memang tak berasap la dapur Tu… Macam mana la nak kahwin…
Mama Tak tahu… Erin pandai masak la… Masak air dengan mi segera… Ok lah Tu. Lagi pun siapa yang nak kahwin dah. Erin tak puas lagi nak enjoy dengan kawan-kawan.
Kalau setakat pandai masak air dengan mi segera Iz pun tak nak kat Erin la…
Mama ni ke situ pula…
Mereka semua tergelak bila melihat muka aku dah merah…



~Bab 5~
Pagi itu Erin begitu bersemangat sekali untuk ke office… Belum ramai lagi yang berada di office ketika itu… Masih awal lagi… Hanya Tina sahaja yang sudah sampai… Tina memang pekerja yang berdisiplin… Dia tidak pernah lewat datang kerja… Mama begitu sayang kepada dia… kata mama Tina seorang bekerja yang berdedikasi…
Selamat pagi Cik Erin…
Pagi…
Tina mengikut aku dari belakang… memang rutin harian dia bila aku atau mama yang sampai dia akan masuk ke bilik aku atau mama untuk menerangkan jadual pada hari itu…
Cik Erin… pagi ni Cik Erin ada appoiment dengan Encik Amirul dari RICH VENTURE dan ni fail-fail yang memerlukan tandatangan Cik Erin…
Ok… Itu sahaja ke untuk hari ini Tina?
Ya Cik Erin… Cik Erin nak minum? Saya buatkan… tanya Tina…
It’s ok Tina. Nanti saya buat sendiri… Tina kalau Cik Amirul dari Rich Venture sudah sampai. Awak bawa dia kebilik meeting.
Baik Cik Erin… Ada apa-apa lagi Cik Erin?
Erm itu sahaja…
Kalau macam itu saya keluar dulu…
Ok thanks Tina…
Assalamualaikum wahai bff aku… awal kau datang hari ni… mimpi ke?
Waalaikumussalam… Kau pun awal juga datang…
Weh kau dah breakfast ke belum? Aku lapar la… jom makan…
Sorry Tasya… aku bukan tak nak temankan kau makan. Tapi ni aku ada meeting dengan pembekal kita. Aku nak kena study about this company
Ala sekejap pun tak boleh ke?
Sorry Tasya, bukan aku tak nak… tapi kau sendiri pun tengok betapa banyak fail yang aku perlu tengok hari ni… apa kata kau ajak Tina temankan kau…
Ye la… susah betul bila aku berkawan dengan CEO syarikat ni… dengan nada seolah-olah merajuk…
Ala janganlah merajuk… nanti aku belanja kau makan ye… pujuk Erin
Tu la kau asal aku merajuk kau nak belanja makan… boleh jadi gemuk aku tahu tak…
Erin tergelak dengan gelagat kawan baiknya itu… Tasya kau tolong panggil Johan…
Aii sejak bila kau lantik aku jadi secetary engkau ni…
Ala aku minta tolong je… tak boleh tak apa lah aku minta tolong Tina.
Mengadalah kau nak merajuk dengan aku…


Cik Erin panggil saya??
Duduklah…
Terima kasih
Ok Johan saya nak bincangkan tentang pembekal syarikat kita ni…
Syarikat mana cik Erin?
RICH VENTURE…
Ooo… apa yang cik Erin nak tahu?
Dah lama ke kita menerima bekalan dari mereka?
Dah lama cik erin… setahu saya sejak dari syarikat kita ni beroperasi lah…
Pernah ada masalah dengan bekalan mereka?
Setahu saya… tak pernah… seingat saya arwah dato’ dengan pemilik syarikat ni berkawan baik.
Oo means kita bekerjasama dengan syarikat ni dah lama la… dari datuk saya lagi…
Yea cik Erin…
Ok… maknanya saya tak perlu risau lagi dengan syarikat ini…
Oh yea cik Erin setahu saya sekarang syarikat RICH VENTURE ni dah di ambil alih oleh anak tunggalnya…
Ooook… kalau macam tu dah tak ada masalah lah… terima kasih Johan…
Sama-sama Cik Erin…
Intercom berbunyi…. Yea Tina??
Cik Erin… Cik Amirul dari RICH VENTURE dah sampai…
Ok awak bawa dia ke bilik meeting sekejap lagi saya masuk…
Baik cik erin..
Terima kasih Tina…
Sama-sama…
Ok Johan… Itu sahaja… terima kasih sekali lagi…
Sama-sama Cik Erin… kalau macam tu saya keluar dulu…
Ok…



Assalamualaikum…
Waalaikumussalam… (terkesima) begitu cantik seorang perempuan di hadapannya sekarang… perbuatannya penuh dengan keyakinan…
Maaf Cik Amirul saya terlambat sedikit… saya ada meeting dengan staf saya tadi…
It’s ok…
Ok kalau macam tu kita mulakan sekarang…
Ok… tak ada masalah…
Amirul masih memandang Erin… begitu kagum dengan kelincahan Erin membuat kerja… Erin langsung tidak perasan yang dirinya diperhatikan… Amirul...
Ok macam mana Cik Amirul…
(terkejut) hah!!! Ok tak ada masalah… saya setuju…
Erin pelik melihat gelagat Amirul yang tiba-tiba terkejut…
Encik ok ke??? Atau nak kita rehat sekejap… nanti kita sambung lagi…
It’s ok… I’m ok… one more thing… tak perlulah nak berencik-encik dengan saya… lagipun saya rasa umur kita hampir sama…  just call me Mirul…
Ok kalau macam tu encik Mirul pun… ops… Mirul… pun tak perlu nak bercik-cik dengan saya… panggil je Erin… mereka berdua tergelak…
Oklah… kalau semua dah setuju… saya rasa setakat ni je lah perbincangan kita kali ni… apa kata kita pergi breakfast… saya rasa Erin tentu belum makan lagi…
Hurmhhh… boleh juga…
Ok… jom….
Tina….
Yea Cik Erin…
Saya keluar dengan Encik Amirul… if ada sesiapa cari saya awak ambil pesan… if urgent… awak contact handphone saya…
Baik cik Erin…
Terima kasih…














~Bab 6~
Kepenatan di pejabat tadi membuat Erin langsung tidak turun makan… lagi pun dia tak ada selera… masih banyak kerja yang perlu di siapkan…
Erin…
Mama… kenapa???
Kenapa tak turun makan tadi???
Erin dah kenyang la ma…
Banyak kerja ke??? Kenapa sampai bawa ke rumah ni??? Tak cukup ke office tue dari pagi sampai petang Erin kerja… sampai kat rumah pun Erin nak kerja…
Adalah sikit ma… mama ni dulu masa Erin tak kerja mama suruh Erin kerja… bila Erin dah kerja mama tak bagi Erin buat kerja pula… pelik betul…
Mama bukan tak bagi Erin buat kerja… kerja pun kerja juga… kesihatan tu kena jaga… mama tengok Erin selalu tidur lewat sekarang… bawa balik semua kerja office ke rumah…
Ma Erin belum bagitahu mama ni… syarikat kita sekarang tengah merebut tender besar… projek besar… tu yang Erin banyak kerja sikit tu… tapi mama jangan risau… Erin boleh handle lagi sekarang…
Mama dah tahu… pak long yang ceritakan… mama bangga dengan Erin…
Aii mana pak long tahu…
Pak long cakap salah seorang dari kawannya bersaing dengan Erin untuk merebut projek tu… kawan pak long cakap… nama syarikat kita memang dah tersenarai dalam kategori akan mendapat projek tu…
Alhamdulillah… baru tersenarai… lega sikit rin dengar…
Ok lah mama nak masuk tidur… janji dengan mama rin jangan tidur lewat…
Baik bos… bagi erin 15 minit lagi… nanti erin tidur lah…
Selamat malam…
Selamat malam ma….
(handphone erin berbunyi, ada SMS masuk…) aik no siapa ni???
Rin… zarul ni… dah tidur ker???
(terkejut) giler apa mamat ni… mana dia dapat no aku… ahh lantaklah… malas aku nak layan dah laki orang… nanya aku kalau bini dia tahu…
Sekali lagi handphone erin berbunyi kali ni panggilan masuk…
Erin hanya memandang sahaja handphonenya di atas meja tu… dia dah tahu siapa yang gerangan pemanggil tu…
Kali ni dah masuk 10 kali handphonenye berbunyi…
Ishhh mamat ni dah gila agaknya… erin akhirnya mengalah…
Hello assalamualaikum…
Waalaikumussalam… rin tak tidur lagi ke??
Macam mana nak tidur kalau ada bunyi yang menganggu…
Zarul tergelak… dia tahu… erin masih belum tidur… sorry…
Rin tengah buat apa tu??
La dah katakan tadi… tidur… ada apa call malam-malam ni?? Tak boleh tunggu esok ke??
Ermm marah ke??? Zarul minta maaf…
Erin hanya diam sahaja… kenapa kau muncul zarul… kenapa kau datang kembali dalam kehidupan aku… aku taknak luka lama berdarah kembali… tetapi kata-kata itu hanya terlontar di dalam hati erin…
Rin dah tidur ke???kenapa diam je???
Maaf zarul I mengantuk.. esok I kerja… I think… u pun kerja… lagi pun tak elok I melayan suami orang malam-malam ni…
Assalamualaikum… talian diputuskan tanpa sempat zarul berkata apa-apa…
Erin tidak dapat melelapkan mata malam tu.. terngiang-ngiang suara zarul merayu-rayu kepadanya dulu…
ZARUL ADHA……














~Bab 7~
Morning ma… ma erin pergi dulu… dah lewat ni…
Kalau ye pun makan la dulu…
It’s ok… nanti erin makan kat tempat kerja…
Erin memang nak cepat hari tu…
Erin memecut keretanya… dia dah lewat hari tu… tiba-tiba keretanya di langgar dari belakang dan dia tak dapat mengawal keretanya…. Dum!!!! Erin hanya beristigfar… keretanya melanggar pokok…

Cik… cik ok ke???
Macam mana ni cik??? Tanya seorang lelaki yang berada di situ…
Tak apa… kita angkat dia ke kereta saya… saya hantar dia ke hospital… saya rasa dia tak serius… Cuma terkejut je ni…
Hello mirul aku lambat hari ni… aku terlanggar orang… aku nak hantar dia ke hospital ni…
It’s ok bro… kau ok ker???
Aku ok… Cuma kereta je rosak sikit… kau boleh tolong gantikan aku untuk meeting tu…
Ok bro… apa-apa hal call aku…

Di bilik rawatan… encik… encik ni waris pesakit ke???
Ermm saya kawan dia…
Ooo nie barang-barang pesakit…
Ooo… ok… terima kasih… ohhh nurse macam mana keadaan dia…
Encik boleh tanya doktor yang merawat dia…
Ooo.. ok… doktor macam mana dengan dia…
Awak ni siapa?
Saya kawan dia?
She’s stabil… tapi saya terpaksa menahan dia … awak dah bagitahu family dia…
Belum lagi… nanti saya call….

Puan ada panggilan untuk puan…
Siapa mak jah?
Saya tak tahu… lelaki…
Hello assalamualaikum…
Waalaikumussalam… mak cik saya Hafiz… saya nak bagitahu anak mak cik ada di hospital sekarang… dia kemalangan tadi… tapi mak cik jangan risau… tak serius…
Allah anak aku…
Mak cik… sabar mak cik… hello… hello….
Ye nak… terima kasih kejap lagi mak cik sampai…
Sama-sama

Mak jah….
Ye puan…
Erin excident… saya nak ke hospital sekarang…

Hafiz buntu… gadis yang berada di depannya itu masih belum sedar lagi… teruk sangat ke dia tadi…
Assalamualaikum…
Waalaikumussalam… mak cik ni???
Mak cik mak erin… anak ni… hafiz yang call mak cik tadi ye…
Yea…
Ohh nie abang mak cik… dan ni anak dia…
Hafiz menghulurkan tangan dan bersalam dengan mereka berdua…
Ohh yea mak cik… ni barang-barang anak mak cik…
Hafiz kenal ke anak mak cik ni?
Saya yang terlanggar dia tadi… agaknya dia tak perasan lampu traffic light dah merah… macam dia nak cepat je…
Ooo….
Mak cik jangan risau… tadi doktor bagi ubat tidur kat dia… tu yang dia tak sedar lagi…
Terima kasih ye bawa anak mak cik ke hospital…
Ehs mak cik… tak ada apalah… saya pun salah juga… hafiz tak senang duduk… bila dia di pandang oleh anak muda yang berhadapan lagi…
Mak cik saya rasa saya minta diri dulu… nanti saya datang lagi… ni kad saya… pasal bil hospital saya dah jelaskan tadi… ada apa-apa mak cik call saya… petang ni saya datang lagi…