echa

Thursday, March 19, 2015

What are You Feel??

Kisah seorang budak dengan keluarga dia.

Saya kenal seorang budak perempuan ni. Dia anak sulong dalam keluarga dia, Bukan sahaja anak sulung, Malah dalam keluarga besar dia, dia cucu sulung. Untuk mak dia, dia harapan keluarga. Adik2 kecil lagi, Dari umur 17 tahun dia dah mula bekerja, Habis je exam spm dia pergi merantau, Dengan linangan air mata mak dia, dia ke kuantan, ke rumah saudaranya. Di sana, dia mencari kerja yang sesuai dengan dirinya, macam-macam kerja dia cuba, last sekali dia dapat kerja di srbuah pasar mini. Dengan gaji 300 ringgit.. banyak mana lah sangat gaji tu, nak hantar kampung pun tak lepas, dia tak bertahan lama kerja di situ. Last sekali dia buat keputusan nak pulang ke kampung, tanpa memberitahu yang dia sudah berhenti kerja. Arwah datuknya yang mengambilnya di stesen bas pelik bila melihat banyak beg yang dia bawa balik. Dia masih ingat soalan arwahnya demi menjaga hati cucunya ini, dia hanya bertanya "Banyak barang bawa balik? Lama ker cuti?" yang cucu hanya tersenyum. "Along balik untuk selama-lamanya" itu sahaja jawapannya. Dulu masa nak pergi arwah yang belikan tiket. Dia tak banyak bercakap. Hanya balik duduk dirumah, Lastly kawannya ajak dia bekerja di kedai makan, dengan pendapatan rm20-rm25 sehari,dia tak fikir panjang, terus sahaja terima. Pergi kerja pukul 11 balik kerja tak tentu kadang-kadang pukul 1 pagi kadang- kadang pukul 2 pagi, Ikutkan kerja dekat situ memang tak habis duit, dah namanya kedai makan, memang makan free la. Dengan maknya jarang sekali berjumpa, apa boleh buat kerja pukul 11, maknya sudah pergi kerja, balik kerja maknya sudah tidur. JaranG sekali dia jumpa maknya. Sampailah masa yang dinantikan result SPM, Dia tak mengharapkan banyak pun. Selepas result kuar, dia masih layak memohon masuk ke tingkatan 6, dia mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6. If korang semua perasaan.. budak perempuan ni tak ada bapak ke? tak pernah dia cerita pasal bapak. Until one day. Lagi beberapa bulan nak puasa. Dia menangis, tanpa sebab, tanpa tahu kenapa matanya sembap, kenapa dia menyendiri.. rupa-rupanya ini punca segalanya. Di mana bapaknya? Masih adakah? Siapa yang menghantarnya ke sekolah , mengambilnya dari sekolah? Siapa?? Siapa yang memberinya duit untuk ke sekolah? Siapa yang menghantarnya ke kelas tambahan malam, siapa yang mengambilnya dari kelas tambahan malam. Budak perempuan ni memang suka berkawan, tak kira laki perempuan dia bawa balik ke rumah, sikap buruk dia terlalu menghormati kawan, terlalu takut kehilangan. At the same time, dia juga jarang bercerita tentang dirinya pada kawan-kawan. Susah senang dia, makan minum dia, sakit dia, dia tak pernah. Kecuali dia tak mampu untuk bertahan lagi, but dalam masa sama, ada yang kata dia meraih simpati eventhough dia tengah ketakutan sekalipun. Dia cuba untuk dia tidak melibatkan sesiapa. 

Tapi terbongkar segalanya bila dia sudah tidak mampu menanggung seorang diri. Akhirnya dia bercerita. Dia persoalkan kenapa dia harus terima semua, adakah sebab dia tak pandai, adakah sebab dia tak bijak sehingga bapak dia mencari orang lain untuk ganti tempat dia di hati bapanya. Memang ramai yang memberitahu bahawa bapaknya sudah mempunyai along yang lain dan sudah tidak sayangkan dia. Tapi dia hanya pekakkan telinga.. rupanya panas tidak sampai ke petang, air mata dia yang membasahi bumi dulu. Disangkakan bapanya pergi mencari rezeki, pulang dengan membawa anak  sudah masuk 2 orang anak. Bermakna selama dia menghilang 3 tahun, dia membina kebahagiaan di atas penderitaan anak-anaknya yang menanti kepulangannya sepanjang malam. Begitu perasaan budak perempuan itu, pelajaran dia tolak ketepi, kahancuran hati ibunya yang diutamakan, kesihatan ibunya terjejas. 
Sememangnya ibunya tidak boleh tertekan, atas nasihat doktor, pastikan ibunya tidak menerima tekanan atau kejutan yang boleh menyebabkan keburukan padanya. 

Atas rasa simpati, kasih sayang anak terhadap bapa, budak perempuan itu memaafkan bapanya, kerna mereka hanya mempunyai bapa seorang sahaja. Air yang dicincang tidak akan putus. Inikan lagi pertalian antara bapa dan anak. 

Kehidupan mereka beransur pulih, bahagia walaupun ada penderitaaan yang disembunyikan, walaupun ada hati yang terluka, kerana simpati Kami memaafkannya, kerana namanya yang dibinkan dan dibintikan pada nama budak perempuan itu dan adik-adiknya. 

Keadaan semakin parah apabila bapanya jatuh sakit, tidak tahu apa punca, tidak boleh berjalan, tidak boleh makan, tidak boleh bercakap, dan hilang ingatan. Segala cara keluarga budak perempuan itu mencuba. Rawatan moden, rawatan kampung. Langsung tidak ada perubahan. seorang ustaz mengatakan yang bapanya terkena santau dalam makanan. 1 lagi dugaan yang di hadapi budak perempuam itum dalam keadaan dia yang akan menduduki STPM.., keadaan ini yang harus dia lalui hadapi.. dia yang akan menduduki peperiksaan, mengulang kaji ditemani maknya sambil mereka berdua berjaga dan memantau keadaan bapanya. Dengan keadannya yang tertekan dia hanya redha sahaja.

19 Mar 2015

Sehari aku tinggal kejap, masih ada yang ternanti kesudahan kisah ni kan. Dia seorang anak gadis yang kuat, dia kena kuat untuk mak nya tapi dia kuatkan semangat dia tahu dia tak akan berjaya. keadaan bapa dia semakin hari semakin teruk, apa yang dia mampu buat. Hanya mampu berdoa. Sehingga bapa dia pulih, walaupun tak sepenuhnya. tapi ada perubahan.

Budak perempuan ni bawa diri dia ke ipoh.. sebab apa dia bawa diri ke ipoh. Tidak diberitahu olehnya. Dari hari ke hari dia belajar berdikari. Belajar mengenal erti kehidupan. Cara membawa diri. Berkawan dengan bermacam macam kawan. Dia hanya perlu memilih jalan mana yang harus dia ikut, adakah jalan yang lurus atau jalan yang penuh onak duri. 

No comments:

Post a Comment